,
Buletin

DISKAUN 20% UNTUK KEMEJA POLO DAN KEMEJA-T ULANG TAHUN KE-60 HONDA RACING. HANYA DI AUTO2U.MY

Selepas Audi: Eromobil, tiba giliran Boon Siew Honda pula memperkenalkan barangan yang mereka jual di laman web auto2. 

Turut mengambil bahagian dalam program amal auto2u Charity Drive, Boon Siew Honda menawarkan kemeja polo dan kemeja-t sempena sambutan ke-60 Honda Racing.

Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, baju kemeja polo hadir dengan rekaan grafik yang ringkas, tetapi menarik. 

Jika berminat, ada tiga saiz iaitu M, L dan XL ditawarkan pada harga RM52 sehelai.

Kemeja-t pula tampil dengan grafik menaik berwarna merah hitam. Anda boleh memilih saiz M, L atau XL dan ia ditawarkan pada harga cuma RM40 sehelai. 

Promosi harga dengan potongan 20 peratus itu bermula pada 19 sehingga 25 Julai sahaja. Pembelian boleh dibuat menerusi pautan ini: Boon Siew Honda

Sedia maklum bahawa program amal auto2u Charity Drive bertujuan membantu keluarga B40 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. 

Jadi, sama-samalah kita membantu meringankan beban mereka. Terima kasih! 

BACA: DAPATKAN BARANGAN EKSKLUSIF AUDI DI LAMAN WEB AUTO2U. BELI SAMBIL MENDERMA

Tags
Google ads
Back to top button