Artikel PilihanBuletin

AYAH DAN ANAK MAIN KEJAR-KEJAR DENGAN PORSCHE CARRERA GT (VIDEO)

Ini antara video yang paling menarik dan comel yang menarik minat ramai kaki kereta. Nak pulak kalau yang dah peringkat abah-abah tu. Pemandu dalam video ini sedang berseronok mengejar sebuah Porsche Carrera GT di litar Nurburgring bersama anak perempuannya.

Nampak macam bahaya kan? Tapi si ayah nampak macam tahu apa yang dilakukan dan anaknya pun memang ‘terikat’ kemas pada tempat duduk kanak-kanak yang tentunya bukan jenama cap ayam.

Kedua beranak ini menaiki Porsche Cayman dan keduanya kelihatan sudah biasa dengan persekitaran litar terkenal tersebut. Mungkin kalau pakai helmet, lebih selamat lagi kot? Tapi berdasarkan reaksi si ayah, kami yakin ia bukan kali pertama beliau memandu di litar terkenal itu.

Macam mana dengan si anak? Jangan terkejut, budak perempuan ni lagi tahu pasal litar ni berbanding kita kat Malaysia ni tahu. Untuk rekod budak ni dah mengelilingi litar Nurburgring ini sebanyak 250 kali. Mesti la dengan ayahnya, takkan la naik basikal kot.

Apa yang pasti budak perempuan ni kelihatan cukup tenang dah menikmati permainan kejar mengejar dengan ayahnya kat litar tu.

Malah jika dilihat pada gaya pemanduan ayahnya yang mengikut racing line dengan baik, memang rasanya budak perempuan ni jauh lagi selamat berbanding kanak-kanak sebaya lain yang berada dalam satu kereta dengan ibu atau ayah yang suka main telefon tangan sambil memandu.

Mula-mula memang rasa nak tengok video racing, akhir sekali dah jadi dengar celoteh budak perempuan ni la pulak.

Google ads
Back to top button