Buletin

BAASB MINTA PELANGGAN KEMAS KINI MAKLUMAT DI LAMAN WEB RASMI PEUGEOT

Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) kini sedang menjalankan proses kemas kini maklumat pelanggan. Ia sebagai usaha untuk menyatukan sistem dan menambah baik pengalaman pelanggan pada masa depan.

Justeru, BAASB memohon semua pemilik kenderaan Peugeot untuk mengemas kini maklumat mereka di laman web rasmi: www.peugeot.com.my yang mula diaktifkan pada 1 Januari 2021.  

Dengan kemas kini itu, maklumat seperti peringatan servis, tempoh jaminan, kempen servis, berita dan sokongan tambahan akan disepadukan serta lebih mudah diakses oleh semua pemilik kenderaan Peugeot.

Pemilik perlu memasukkan maklumat seperti kad pendaftaran kenderaan, buku servis dan jaminan ketika melayari laman web berkenaan. Semua maklumat itu akan dilindungi beradadarkan kepada undang-undang Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

Ini merupakan antara usaha awal BAASB untuk menambah baik pengalaman pemilikan pelanggan.

Maklumat lanjut, pelanggan boleh layari laman web www.peugeot.com.my atau hantarkan e-mel ke [email protected]. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 03-7627 8818 yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8.30am – 6.00pm.

Google ads
Back to top button