Artikel Pilihan

KENALI SISTEM TURBO

Sebut sahaja turbo, hampir semua pengeluar ada model yang menggunakan sistem turbo untuk menjadikan enjin lebih cekap dan berkuasa. Namun tahukah anda sistem turbo ini berbeza antara satu sama lain walaupun konsep operasinya masih sama.

Turbo bertindak sebagai mekanikal pam yang akan memaksa lebih banyak udara masuk ke dalam silinder dengan tekanan yang tinggi. Lebih banyak udara masuk, lebih banyak bahan api boleh disuntik masuk untuk menghasilkan lebih banyak kuasa. Jadi hari ini jom kita kenali sistem turbo yang ada pada hari ini.

1. Turbo unit tunggal (single turbo) biasa dipasang pada kereta zaman awal 80an dan 90 an. Namun sesetengah model masih menggunakan turbo ini kerana ia murah, ringkas dan ringan. Namun prestasi sistem turbo ini a bergantung pada saiz turbo.

Turbo yang kecil bagus untuk respon yang pantas, namun gagal memberikan kuasa pada RPM tinggi. Turbo yang besar menghasilkan kuasa yang besar, namun ada masalah turbolag pada RPM yang rendah.

2. Turbo Selari Berkembar – sama seperti unit turbo berkembar, namun turbo twin parallel ini biasa dipasang pada enjin susunan V berkembar seperti V6 atau V8. Ini disebabkan enjin ini ada 2 blok silinder yang berasingan dan kedua-duanya perlu dipasang turbo. Ye la, takkan nak pasang sebelah saja.

Sama seperti unit turbo tunggal, jurutera perlu memilih pada RPM berapakah yang turbo ini akan mula diaktifkan samaada pada RPM rendah, pertengahan ataupun tinggi. Ia menjadi lebih kompleks, lebih mahal dan lebih dan lebih berat berbanding dengan turbo unit tunggal

3. Sistem Turbo Kembar Berturutan atau nama lain ialah twin sequential turbo. Ia direka bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh sistem turbo unit tunggal iaitu operasinya terhad kepada saiz turbo. Apa yang jurutera buat ialah gabungkan turbo bersaiz besar dan kecil dalam satu enjin.

Pada awal RPM, turbo kecil akan diaktifkan dahulu bagi menghasilkan respon segera dan mengatasi masalah turbolag. Apabila memasuki RPM tinggi, turbo yang bersaiz besar akan diaktifkan bagi memberika prestasi yang baik.

Namun sistem ini menjadi lebih kompleks, lebih mahal dan lebih berat berbanding dengan sistem Turbo Selari Berkembar

Sistem Turbo Boleh Laras

Sistem Turbo dengan saiz boleh berubah atau Variable Turbo. Dari segi operasinya sistem ini sama dengan Sistem Turbo biasa, namun apa yang istimewanya ialah turbo ini boleh mengubah parameter bagi memastikan aliran udara kekal laju pada RPM rendah dan RPM tinggi

Ada 2 parameter yang terlibat, iaitu luas corong turbo (A) dan diameter turbo (R). Kedua dua parameter ini diukur sebagai A/R ratio akan menentukan kapasiti aliran udara yang masuk yang akan memberikan impak pada prestasi sistem turbo

Ratio A/R yang rendah akan memastikan gas ekzos memasuki udara dengan pantas, memusingkan turbin dengan pantas bagi menghasilkan boost dengan cepat. Namun pada RPM yang tinggi, ia tidak cukup besar untuk menampaung aliran gas ekzos yang lebih banyak

Ratio A/R yang besar akan meningkatkan aliran gas ekzos pada RPM yang tinggi, mengurangkan tekanan pada manifold ekzos. Ini akan menghasilkan boost yang baik pada RPM tinggi namun sistem ini terdedah pada turbolag pada RPM rendah

Sistem turbo dengan saiz boleh laras atau variable turbo boleh mengubah ratio A/R bergantung pada RPM enjin. Pada RPM rendah, nilai A/R menjadi kecil dan pada RPM tinggi nilai A/R menjadi besar. Hasilnya boost yang baik dari RPM rendah ke RPM tinggi

Kelemahan sistem ini ialah dari aspek kos, ia menjadi lebih kompleks dan lebih berat.

4. Sistem Turbo Skroll Berkembar atau Twin Scroll Turbo. Biasanya sistem turbo menggunakan rekaan gas ekzos akan dipaksa melalui satu sistem turbo dan memutarkan satu sistem turbin. Bagi enjin 4 silinder, kesemua asap ekzos dari 4 silinder akan dipaksa melalui satu sistem turbo

Bagi sistem skrol berkembar, ia boleh direka dengan supaya sistem turbo memiliki 2 kebuk turbo yang berbebza dengan saiz skroll yang berbeza. Satu skrol sesuai untuk RPM rendah dan satu skrol sesuai untuk RPM tinggi. Bagi enjin 4 silinder, satu kebuk akan menerima ekzos dari 2 silinder

Ia direka seolah olah sistem turbo adalah 2 namun output sistem hanya akan dihantar pada satu turbin sahaja. In bermakna sistem ini dipacu oleh 2 input namun menghasilkan satu input.

1.turbine casing 2.turbine wheel 3.vanes 4.unison ring 5.adjustable ring 6.lever system 7.compressor wheel 8.compressor casing 9.pneumatic actuator

5. Turbo dengan Geometri Boleh Ubah ataupun Variable Geometry Turbo (VGT) merujuk kepada sistem turbo yang boleh melaraskan A/R ratio dengan menggunakan rekaan dalaman turbo. Di dalam VGT turbo, ia menggunakan vane khas ataupun bilah angin yang menerima gas ekzos daripada enjin.

Apa yang istimewa berkenaan ini ialah keupayaannya mengubah sudut berdasarkan RPM enjin. Jika enjin berputar pada RPM rendah, vane akan menetapkan sudut bukaan yang kecil bagi menghasilkan ratio A/R yang sesuai. Boost akan dihasilkan dengan cepat tanpa turbo-lag

Apabila RPM meningkat naik dan tekanan gas ekzos semakin meningkat, vane tadi akan membuka sudut yang lebih besar bagi membenarkan lebih banyak gas ekzos melaluinya, memasuki turbo dan memutarkan turbin dengan lebih laju. Sudut bukaan vane ini akan dikawal melalui ECU enjin dengan bantuan aktuator.

Sebelah kiri ketika turbo berada pada RPM rendah, dan kanan RPM tinggi

Disebabkan ia hanya menggunakan satu turbo sahaja, maka sistem ini tidaklah serumit sistem turbo berkembar, kos yang agak munasabah dan mampu menghasilkan boost dari RPM rendah ke RPM tinggi. Namun sistem ini kurang sesuai bagi enjin petrol kerana asap enjin petrol memiliki suhu yang lebih tinggi dan mampu memendekkan jangka hayat sistem turbo VGT.

Sesetengah pengeluar kereta mampu menggunakan sistem VGT pada enjin petrol namun mereka terpaksa menggunakan logam yang lebih tahan lasak seperti titanium, vibranium dan admantium. (korang percaya ke?)

6. Caj Berkembar atau twin charge dimana sistem turbo dipadankan dengan sistem supercaj. Pada RPM yang lebih rendah, sistem supercaj yang dipacu melalui tali sawat yang disambung terus kepada aci engkol akan mula berfungsi. Disebabkan input enjin adalah selari dengan input pedal minyak, respon supercaj adalah lebih baik pada RPM yang lebih rendah

Namun sistem supercaj ini bersifat parasit yang akan menggunakan tenaga enjin untuk menghasilkan boost. Pada RPM yang lebih tinggi, sistem klac akan memutuskan sambungan antara aci engkol dan supercaj. Ketika ini asap ekzos telahpun memiliki tenaga kinetik yang cukup untuk memacu sistem turbo.

Walaupun nampak bagus dari segi pelaksanaan, sistem ini boleh tahan kompleks kerana ia melibatkan lebih banyak komponen dan juga lebih mahal. Cuma kebaikannya ialah ia mampu menghasilkan boost yang sangat baik pada semua RPM. Sistem ini dahulu dipopularkan oleh Volkswagen namun model terbaru Golf hanya menggunakan turbo sahaja.

7. Sistem Turbo VGT dengan Skrol Berkembar atau Twin Scroll VGT turbo merupakan sistem turbo yang agak baru di pasaran. Ia menggabungkan sistem turbo skrol berkembar (No. 4) dan dengan sistem turbo VGT (No. 5)

8. Sistem Turbo Elektrik yang menggunakan tenaga elektrik bagi memutarkan turbin. Sistem ini tidak lagi bergantung pada gas ekzos untuk beroperasi, sebaliknya ia menggunakan tenaga elektrik yang disimpan dalam sistem bateri yang cukup besar.

Selain daripada itu sistem ini cukup kompleks apabila ia memerlukan sistem pendawaian elektrik 48 volt, sistem kompressor turbo dengan kuasa 7kW, dan sistem generator sebesar 3kW. Sistem bateri 48Volt ini merupakan sistem bateri tambahan yang berasingan daripada sistem bateri 12 volt.

Antara kereta yang menggunakan konsep INI ialah SUV Audi SQ7 dengan enjin V8. Sistem ini mampu menghapuskan terus masalah turbo lag, sistem turbo boleh bertindak untuk menghasilkan elektrik bagi bateri 48volt serta menghasilkan boost pada semua RPM.

Namun kelemahan sistem ini ialah ia sangatlah kompleks kerana sistem ini diasaskan daripada teknologi perlumbaan F1. Disebabkan banyak komponen dan kompleks, maka kos untuk menghasilkan sistem ini akan menjadi mahal. Sistem bateri 48V yang digunakan pula boleh menyebabkan berat tambahan pada kereta.

9. No komen. Siapa percaya abam hantar santau biar dia berak sembelit 100 hari. Sekian

Tags
Google ads
Back to top button