Artikel Pilihan

BAGAIMANA PEMANDU F1 MELIHAT DALAM HUJAN? SAPU RAIN-X PADA VISOR?

Bagi penulis, ada 3 perlumbaan F1 yang wajib ditonton iaitu GP Monaco, GP Singapore dan GP Japan. Jika anda perasan, GP Singapore dan GP Japan adalah agak mencabar kerana perlumbaan terpaksa ditunda seketika akibat hujan lebat yang melanda litar perlumbaan.

Perlumbaan GP Japan sebenarnya lebih menarik untuk ditonton berbanding dengan GP Singapore disebabkan penggunaan tayar. Jika anda perhatikan dengan teliti, GP Singapore berlangsung dengan jentera perlumbaan memilih untuk menggunakan tayar yang berwarna hijau

Tayar berwarna hijau bermaksud tayar tersebut dihasilkan dengan corak bunga tayar berbentuk huruf V bagi menyingkirkan air dengan cepat. Pada halaju 300km/jam, tayar yang berwarna hijau atau lebih dikenali sebagau tayar intermediate berupaya menyingkirkan hujan yang berada atas permukaan jalan sebanyak 30 liter

Namun pada GP Japan anda boleh lihat jentera F1 ketika ini menggunakan tayar yang berwarna biru ketika sesi latihan dan dan sesi kelayakan berlangsung. Malah ada beberapa jentera F1 menyambung semula perlumbaan dengan menggunakan tayar biru atau tayar tayar full wet ketika berlumba.

Tayar full wet sangat jarang digunakan, dan apabila dipilih ia menunjukkan keadaan permukaan litar yang terlalu basah. Tayar full wet ini boleh menyingkirkan air hujan pada permukaan litar sebanyak 85 liter setiap saat pada halaju 300km/jam.

Bayangkan anda berlumba di belakang jentera F1 dengan air hujan yang datang dari jentera depan menyimbah kepada anda sebanyak 85 liter sesaat. Air itu tadi akan menyimbah bahagian topi keledar atau lebih tepat bahagian visor topi keledar

Untuk pemandu biasa, adalah sangat sukar untuk melihat dengan jelas apabila visor disimbah dengan air hujan. Bagi mengatasi masalah ini, visor tadi akan dihasilkan dengan bentuk yang melengkung agar titisan air tadi boleh ditolak keluar dengan pantas oleh aliran udara yang laju.

Visor ini biasa dihasilkan oleh bahan yang dinamakan sebagai Lexan dengan ketahanan yang tinggi terhadap impak perlanggaran dan juga suhu setinggi 800 darjah Celcius. Lexan ini juga dicampur dengan gentian karbon dan juga Kevlar bagi mengurangkan berat serta kuat.

Sewaktu proses pembuatan, satu lapisan hydrophobic akan disapu pada visor bagi memastikan air mengalir dengan cepat. Sambungan antara visor dan topi keledar ini akan dipasang dengan lapisan getah khas bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam topi keledar.

Ya visor topi keledar untuk pemandu F1 dihasilkan dengan bahan yang kuat, transparen, kalis air dan disaluti dengan bahan hydrophobic bagi memudahkan pemandu melihat dalam hujan lebat.

Tapi tahukah anda bahawa visor ini juga disalut dengan pelekat khas yang boleh dikoyakkan jika percikan api merosakkan permukaan visor. Percikan api tadi mengganggu penglihatan pemandu, dan pemandu boleh mengoyakkan perekat perlindung khas bagi memastikan pandangan mereka sentiasa bersih.

Google ads
Back to top button