Artikel Pilihan

BAGAIMANA TAYAR KERETA DIHASILKAN? ADAKAH KILANG KERETA HASILKAN TAYAR SENDIRI?

Pada minggu lepas, tular satu video berkenaan dengan pemilik sebuah kereta baru yang tidak berpuas hati berkenaan kualiti kereta yang diterima. Masalah yang berpunca daripada tayar yang digunakan menyebabkan tayar tersebut meletup ketika sedang dipandu.

Namun untuk pengetahuan pembaca, tidak semua komponen yang digunakan bagi menghasilkan sebuah kereta dihasilkan 100% oleh pengeluar kereta. Dalam kes ini tayar adalah komponen yang dibeli oleh pengeluar kereta daripada pihak pembekal ataupun vendor.

Mana mana sankaku part (safety related) atau apperance part (komponen luar yang dilihat dan disentuh oleh customer) dan functional part (engine gearbox) kebanyakan dibuat sendiri oleh automaker

Komponen-komponen lain seperti bateri, tayar, radio, speaker, kamera AEB, dashboard, kusyen, sport rim, spoiler, lampu, radiator, dan beribu-ribu komponen lain dibeli oleh automaker daripada pembekal atau vendor samaada dari dalam atau luar negara. Jika komponen dihasilkan dalam negara, ia lebih murah dan memberi pulangan ekonomi kepada negara.

Hubungan automaker dengan vendor ada digariskan melalui Sale and Purchase Agreement. Dalam kontrak ini biasanya vendor dan pengeluar bertanggungjawab atas kualiti komponen seperti tayar sehingga perbatuan to 20,000km. Malah ada juga komponen lain diberi jaminan sehingga 100,000km

Tapi kadang-kala atas sebab kekangan kos pembuatan, terdapat perubahan dari segi bahan komponen yang mungkin menjejaskan kualiti dan jangkahayat komponen dalam keadaan pemanduan biasa. Jadi kedua-dua pihak hendaklah bertanggungjawab atas kualiti komponen

Berbalik kepada isu utama, kami ingin tegaskan kepada pembaca yang pengeluar kenderaan tidak akan menghasilkan sendiri tayar. Penulis pernah melakukan proses audit dan gemba di kilang tayar yang terletak di Malaysia memberi jaminan yang kilang tayar ini sangat besar.

Jadi adalah mustahil pengeluar kereta hendak menghasilkan tayar sendiri. Not feasible dari segi ekonomi dan pelaburan. Malah sesetengah model kereta istimewa pun pengeluar kenderaan akan meminta pembuat tayar menghasilkan tayar khas berdasarkan spesifikasi pengeluar kereta.

Sebagai contoh Buggati mintak Michelin hasilkan tayar khas untuk Bugatti memecahkan rekod halaju 300km per jam. Terdapat berpuluh proses yang terlibat untuk menghasilkan tayar. Nak muntah kalau ikut satu satu. Ia bermula dari bancuhan getah dengan karbon sehinggalah proses akhir tayar dimasak dalam acuan

Tayar ni pulak hendaklah sentiasa dijaga, dengan tekanan angin tidak boleh berlebihan dan tidak boleh kurang daripada spesifikasi. Kalau tekanan udara lebih, tayar akan hasu di tengah. Kalau tekanan udara kurang tayar akan haus di bahagian tepi dan boleh merekah di side wall.

Kebanyakan pemandu tidak perasan tayar akan mula bocor halus, dan terus memandu seperti biasa sehingga side wall tayar mulai rosak dan meletup. Selain itu pemandu juga perlu peka dengan perubahan pada kawalan dan cengkaman tayar apabila semakin lama dan jauh kereta dipandu.

Ketika tayar baru dikeluarkan, tebal minima bunga tayar ialah sekitar 8mm dan had keselamatan tayar ialah 1.6mm. Tapi atas sebab keselamatan penulis akan mulai menukar tayar apabila tebal tayar kurang dari 4mm dan kurang mencengkam ketika hari hujan.

Untuk memahami bagaimana tayar dihasilkan, anda boleh menonton video yang dihasilkan oleh Michelin dan Continental Tyres dihasilkan di video di bawah

Google ads
Back to top button