Buletin

MERCEDES-BENZ GLA CKD 2021. 2 VARIAN, BERMULA RM242,888

Selain A-Class Sedan, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan SUV kompak GLA. Jentera itu didatangkan dalam dua varian dengan harga seperti berikut:

  • GLA 200 Progressive Line – RM242,888
  • GLA 250 AMG Line            – RM278,888

“Pelancaran kedua-dua model CKD ini membuktikan komitmen kami untuk terus mengukuhkan penguasaan dan meningkatkan pelaburan dalam sektor automotif tempatan,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderan Penumpang MBM, Micheal Jopp.

Sama seperti model A-Class Sedan, kedua-dua varian itu menggunakan enjin 1.33 liter turbo berkuasa 163hp/250Nm dan enjin 2.0 liter turbo dengan janaan 244hp/350Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik 7G-DCT dan 8G-DCT.

GLA 200 Progressive Line didatangkan dengan rim aloi lima jejari berkembar bersaoz 18 inci. Manakala varian AMG Line pula menerima rim AMG beraiz 19 inci. Penampilannya lebih sporty dengan suspensi yang direndahkan untuk menawarkan pengendalian mantap.

Dari segi luaran SUV kompak tersebut dilengkapi roof rails, lampu utama LED, pintu belakang EASY-PACK dan ciri pengesan hujan automatik pada penggilap cermin.

Ruang kabin pula tampil mewah dengan skrin berkembar untuk sistem MBUX yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Selaian ciri Live Traffic Information dan modul komunikasi LTE untik perkhidmatan Mercedes me connect.

Aspek keselamatan merangkumi Active Brake Assist, Active Parking Assist dengan PARKTRONIC, kawalan jelajah, sistem PRE-SAFE TPMS dan banyak lagi.

Jika berminat, GLA 200 Progressive Line boleh anda miliki dengan bayaran bulanan bermula RM1,888. Manakala bayaran bulanan untuk GLA 250 AMG Line pula ialah RM2,288. Semua itu ditawarkan menerusi pelan pembiayaan Stap Up Agility.

GALERI

Google ads
Back to top button