,
Buletin

BARANGAN EKSKLUSIF HONDA MALAYSIA KINI BOLEH DIBELI DI SHOPEE

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa barangan rasmi Honda, Siri ‘TEI’ kini sudah boleh dibeli di platform e-dagang No. 1 di Malaysia, Shopee.

Barangan TEI yang diinspirasikan oleh falsafah Honda menawarkan 21 barangan dalam empat koleksi berbeza di kenali sebagai Korporat, Gaya Hidup, Activewear dan Travel.

Sejak diperkenalkan pada Mac 2020, koleksi TEI diterima baik oleh peminat Honda kerana rekaannya yang menarik dan berkualiti tinggi. Jualan barangan itu naik sebanyak 18 peratus pada bulan pertama berbanding koleksi ‘The Challenging Spirit’.

Sempena pelancaran ini, Honda Malaysia mengumumkan tawaran menarik untuk sehari sahaja pada 25 Julai 2020. Pelanggan akan menikmati baucar RM10, Shopee Coins Cashback Vouchers, jualan mengejut 10% dan tawaran RM7 ke atas barangan terpilih.

Tawaran RM7 hadir dalam jumlah terhad. Barangan adalah seperti berikut:

Barangan Rasmi Honda

  • Crossbody Bag
  • Payung (30”)
  • Rantai kunci dan set pouch kunci
  • Topi
  • Beg kasut
  • Botol air
  • Unisex Hoodie (saiz M)

Pelanggan boleh klik ke stor rasmi Honda Malaysia di Shopee pada pautan https://shopee.com.my/hondamalaysia.os atau Facebook rasminya. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Tags
Google ads
Back to top button