Buletin

BARU SEMINGGU DAPAT KERETA, RODA STERENG TESLA MODEL Y TERCABUT TENGAH HIGHWAY

Bila bercakap soal kualiti, ia adalah satu perkara yang sangat sinonim dengan jenama EV Tesla.

Seorang pemilik Tesla Model Y menerusi akaun Twitter @preneh24 melaporkan stereng kenderaannya yang baru berusia tidak sampai sebulan tercabut semasa memandu di lebuh raya.

Dalam ciapannya di laman mikroblog tersebut, beliau dan keluarganya berasa gembira dengan kehadiran kereta baharu Model Y itu pada 24 Januari 2023.

Malangnya, kejadian stereng tercabut itu berlaku pada tanggal 30 Januari.

Mujur semasa insiden itu berlaku tiada sebarang kenderaan di belakang keretanya, dan pemilik tersebut berupaya berhenti dengan selamat.

Pemilik tersebut menjelaskan beliau sudah hilang kepercayaan terhadap Tesla dan mahu wangnya dipulangkan sepenuhnya.

Kes yang sama sebenarnya berlaku pada tahun 2020, di mana seorang pemilik Tesla Model 3 berdepan dengan situasi mencemaskan.

Difahamkan, Tesla Model 3 itu baru mencatatkan jarak perbatuan sejauh 547 km, dan Tesla memaklumkan terdapat masalah kekurangan bolt yang mencantumkan roda stereng kepada kolum stereng. – InsideEVs

Google ads
"
"
Back to top button