Buletin

PRODUKSI MAZDA6 CECAH 3 JUTA UNIT

Mazda Motor Corporation baru-baru ini mengumumkan bahawa produksi sedan Mazda6 (Atenza di Jepun) telah mencecah angka tiga juta unit pada penghujung November lalu.

Mazda6-2015-mekanika (4)

Angka itu dicapai dalam tempoh 12 tahun sembilan bulan selepas produksi generasi pertama Mazda6 dimulakan pada Februari 2002 di kilang Hofu No. 2 di Yamaguchi, Jepun.

Ini merupakan model kedua Mazda yang mencatat pengeluaran sebanyak itu selepas Mazda3 atau dikenali sebagai Mazda Axela di pasaran Jepun. Sejak generasi pertama, Mazda6 kekal dengan matlamatnya untuk menawarkan pemanduan yang menyeronokkan.

Mazda6-2015-mekanika (3)

Selain di Hofu Jepun, Mazda6 kini dikilangkan di kilang milik FAW Car Co. Ltd. di  China; MAZDA SOLLERS, Rusia dan Vina Mazda Automobile Manufacturing Co., Ltd. di Vietnam.

Mazda6 generasi ketiga menerima rekaan baru sepenuhnya pada tahun 2012. Mengadaptasi teknologi SKYACTIV sepenuhnya dan rekaan KODO—Soul of Motion, ia nyata mendapat pujian ramai di seluruh dunia.   

Mazda6-2015-mekanika (1)

Model facelift Mazda6 akan mula diperkenalkan ke pasaran global pada Januari 2015 bermula di Jepun dan Amerika Syarikat. Ia bakal tampil dengan ekspresi rekaan yang lebih halus, prestasi dinamik, sistem ketersambungan Mazda Connect generasi baharu dan tekologi keselamatan i-ACTIVSENSE termaju.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button