Buletin

PANASONIC BINA KILANG BATERI EV TERBESAR DI DUNIA DI KANSAS. PELABURAN CECAH RM17 BILION

Panasonic dilapor bakal membina sebuah kilang bateri kereta elektrik baharu di Kansas, Amerika Syarikat yang akan menghasil dan membekalkan sel bateri 4680 kepada Tesla.

Terdahulu, syarikat itu dikatakan perlu memilih di antara Kansas dan Oklahoma sebelum memilih Kansas kerana ia lebih hampir dengan Texas, selain pendekatan cukai yang lebih mesra pelabur.

Panasonic dikatakan akan melabur sekitar AS$4 bilion (RM17 bilion) dan menawarkan sehingga 4,000 peluang pekerjaan. Ia juga merancang untuk menghasilkan tiga hingga empat kali ganda kapasiti bateri menerusi semua kemudahannya menjelang tahun fiskal 2028 daripada 50 gigawatt setahun.

Pelan itu bakal menyaksikan Panasonic memasang dua saluran pengeluaran di kilang komponen bateri di Wakayama, Jepun pada tahun depan. Kemudahan itu melibatkan pelaburan sebanyak AS$580 juta (RM2.6 bilion) yang akan menghasilkan sel bateri 4680.

Difahamkan bahawa peningkatan permintaan daripada Tesla merupakan factor utama kilang baharu tersebut dibina.

“Sebagai pelaburan swasta terbesar dalam sejarah Kansas dan salah satu kilang bateri EV paling besar  di AS, projek ini akan mengubah ekonomi negeri kami dan mampu menyeduakan sehingga 8,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

“Sekali gus membantu warga Kansas untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,” kata Gabenor Kansas, Laura Kelly.

Panasonic kini mengendalikan sebuah Gigafactory di Nevada dengan pelaburan mencecah AS$1.45 bilion (RM6.4 bilion).

Google ads
Back to top button