Artikel Pilihan

YOUTUBER PANDU UJI BYD ATTO 3 DENGAN BATERI 60 KWH, BOLEH DIPANDU LEBIH JAUH BERBANDING UJIAN WLTP

BYD Atto 3 merupakan varian BYD Yuan Plus iaitu sebuah crossover elektrik kompak bagi versi eksport untuk ke pasaran antarabangsa. BYD Atto 3 mula ditawarkan untuk pasaran seperti Malaysia, Australia, India dan juga Thailand. BYD Atto 3 juga menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perlanggaran EuroNCAP

Malah BYD juga merupakan salah satu produk yang akan dipasarkan ke pasaran Jepun yang mana jika penjualan BYD Atto menemui kejayaan, ia akan menjadi tamparan kepada Honda dan juga Toyota. BYD Atto 3 dikuasakan dengan motor elektrik dengan 210 kuasa kuda berupaya memberikan pecutan 0-100 dalam masa 7.3 saat

Bagi pasaran Eropah, BYD Atto diberikan 2 pilihan bateri samaada 50kWh ataupun 60kWh yang dibina dengan menggunakan platform 800 Volt. Sistem ini membenarkan pengecasan pantas dibuat bagi membolehkan BYD Atto bergerak sejauh 150km dengan hanya pengecasan selama 5 minit sahaja.

Bjorn Nyland iaitu Youtuber yang berasal dari Thailand dan sudah menetap dan mendapat kerakyatan Norway telah meluangkan masa bagi memandu uji BYD Atto 3 di Thailand baru-baru ini bagi menguji sejauh mana BYD Atto 3 boleh dipandu dengan hanya satu pengecasan penuh

Bagi model yang dibekalkan dengan bateri sebesar 60kWh, Atto 3 boleh dipandu sejauh 420km dengan hanya satu pengecasan penuh mengikut data WLTP. Bagi bateri 50kWh, Atto 3 boleh dipandu sejauh 320km bergantung pada cuaca, cara pemanduan dan juga keadaan jalan.

Nyland mendapati Atto model 3 dengan bateri 60 kWh memberikan bacaan data 13.4kWh bagi jarak pemanduan 100km dengan halaju malar 90km/jam. Dengan bateri 60 kWh, Atto 3boleh dipandu sejauh 445km dengan kelajuan 90km/jam. Jarak ini adalah 25km lebih jauh berbanding dengan data ujian WLTP

Disebabkan kesuntukan masa, Nyland tidak dapat menguji jarak pemanduan Atto 3 pada halaju 120km/jam sebagaimana yang biasa dilakukannya dalam video yang lain. Video ujian Nyland boleh ditonton dalam video di bawah

Google ads
Back to top button