Buletin

BAW WARRIOR – PIKAP CHINA YANG SEJUK (COOL)

Beijing Automobile Works Co., Ltd (BAW) adalah pembuat kereta yang berpangkalan di Beijing yang khusus mengeluarkan kenderaan off-road dan juga trak. BAW juga turut mengeluarkan kenderaan khusus untuk kegunaan tentera. Kiranya tak adalah ayam sangat BAW ini kan.

BACA : TRAK PIKAP MEWAH FORD SUPER DUTY LIMITED – BERMULA RM367,870!

BACA : MEMPERKENALKAN JENAMA KENDERAAN TERBAHARU DARI CHINA – BISU AUTO

Salah satu kenderaan tentera yang mereka bina adalah model BJ2022, yang sekali imbas adalah iras sikit-sikit dengan Hummer rekaan hadapannya. Dan kini selepas beberapa tahun, BAW mengambil langkah bijak apabila memperkenalkan, model Warrior yang kini boleh dibeli oleh  Zhao Jianhua mahupun  Fu Haifeng di China sana.

BAW Warrior yang asasnya adalah model tentera BJ2022 tersebut kini telah dijelmakan sebagai sebuah pikap yang boleh dibeli terus oleh rakyat marhain. Nak angkut hasil tanaman dari pedalaman China sambil melalui laluan bergunung meredah laluan kerikil berdebu rasanya cukup bergaya sekali sambil siku terkeluar dan di tangannya terselit sebatang rokok yang masih menyala apinya.

Mempunyai varian single cab mahupun double cab, jelas ianya adalah bijak untuk dipasarkan kepada pembeli. Jenis berkeluarga tapi dalam masa yang sama perlu mengangkut beban yang banyak dan besar, double cab jelas cukup praktikal.

Buat yang inginkan acah-acah tentera, boleh juga membeli single cab dengan warna Hijau Tentera. Pandu masuk hutan pakai singlet askar sama seluar celoreng beli di Uptown lepas tu kena tembak dengan Tentera sebenar sebab ingat Komunis. Eh, bukan Tentera diaorang pun memang Komunis pun kan.

Bagi memudahkan pikap ini memanjat laluan dipergunungan, sudah tentulah enjinnya juga tidak harus kodi. Mempunyai tiga pilihan enjin mengikut varian.  Sebuah enjin 2.5 turbo diesel, sebuah enjin 2.0 turbo serta enjin biasa-biasa 2.2 liter.

Melengkapi ciri sebuah pikap, sudah tentulah kesemua model ini tersedia dengan pacuan empat roda. Tidaklah menggelupur bila mana tayar hadapan masuk ke dalam lumpur.

Manakala ruangan kabin dalamnya ianya hanya mempunyai sifat asas. Bila yang beli adalah golongan petani, macam tiada fungsi pula kalau nak letak segala kelengkapan yang canggih. Ada stereng, tempat duduk, pendingin hawa radio tanpa pemain CD, dan juga speaker sepasang. Cukup. Owh lupa, tuas isyarat membelok tak payah bagi pun rasanya. Bukannya reti guna, iya tak?

Kalau hendak diikutkan, sasaran BAW jelas mahu menawan hati golongan marhain supaya membeli pikap ini. Harganya bermula 78,000 Yuan atau duit kita lebih kurang RM48,118. Boleh tahan lembut juga harganya.

Praktikal, murah dan boleh diharap. Isu kualiti barangkali bukannya isu utama, jika tidak masakan ianya diterima masuk sebagai kenderaan tentera. Jelas, ianya adalah ramuan mudah untuk dijual kepada pasaran.

 

Google ads

B K

Back to top button