Artikel Pilihan

7 KENDERAAN KONSEP OFF-ROAD YANG UNIK DARI DEKAD 80-AN

Trak pikap memang cool. Tapi ada sesetengah trak pikap yang lebih cool. Dulu pikap merupakan satu trend budaya di Amerika Syarikat. Di sebelah Asia Tenggara pula ia cukup popular di Thailand dan Indonesia. Selepas ia dibenarkan untuk pendaftaran persendirian di Malaysia barulah budaya trak pikap mula bercambah dan menjadi kian popular. Asyik tengok Toyota Hilux, Ford Ranger, Isuzu DMAX hari-hari penat jugak jadi apa kata kita imbau beberapa model pikap yang cool dan tak kurang juga yang aneh.

BMW E30 M3 Pickup

BMW M3 merupakan kereta sedan ikonik yang dianggap sebagai sebuah kereta yang mementingkan pemanduan berabad lamanya. Tapi tahukah korang yang BMW bukan hanya pernah menghasilkan satu tetapi dua buah pikap M3 selama ini? Pikap pertama diasaskan daripada M3 E30 dan dihasilkan dalam tahun 1986 dengan enjin 2.0-liter 4-selinder sebelum dinaiktaraf kepada enjin 2.3-liter 200 hp. Ia juga lengkap dengan bumbung soft-top dan digunakan untuk mengangkut barangan BMW selama 26 tahun sebelum dibersarakan.

BMW E92 M3 Pickup

Pikap kedua BMW dihasilkan daripada model E92 M3 Coupe. Ia menggunakan enjin putaran tinggi M3 iaitu unit 4.0-liter V8 dan berbeza dari pikap M3 sebelum ini ia tindak menggunakan bumbung soft-top. Walaupun ini merupakan sebuah prototaip. Banyak konsep yang serupa muncul di seluruh dunia dihasilkan oleh syarikat dan orang persendirian khususnya du benua Eropah dan Afrika Selatan.

DODGE RAM SRT 10

Pikap keluaran Dodge memang cukup popular di Amerika Syarikat Tapi kenapa ramai warga mereka suka menyumbatkan enjin yang besar gedabak ke dalam trak pikap mereka? Ramai yang mengatakan ia kerja gila tetapi bagi mereka yang bekerja di Dodge, ia bukan satu masalah dan hasilnya lahirlah Ran SRT 10 dengan enjin V10 yang sama dengan Dodge Viper!

Enjin 8.3-liter V10 mampu menghasilkan 500 hp kuasa dan mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang dari 5 saat. Ia sebuah pikap gila tetapi siapa yang tidak suka bila ianya dihasilkan?

CHEVROLET SSR

Pada awal tahun 2000, ia seolah-olah satu budaya di AS dalam menghidupkan nama dan gaya kereta-kerera klasik Amerika. Antara yang menerima pakej retro ini ialah sebuah pikap eksklusif yang dinamakan Chevrolet SSR (Super Sport Roadster). Walaupun sekadar sebuah trak pikap, ia juga sebenarnya sebuah convertible kerana bumbungnya boleh dibuka. SSR pada peringkat awal menggunakan enjin 5.3-liter V8 300 hp sebelum dinaiktaraf dalam tahun 2005 kepada enjin LS2 V8 6.0-liter V8. Tempoh produksi tidak lama kerana hanya 24 unit SSR dilahirkan sepanjang tempoh pengeluaran 4 tahun.

MERCEDES – AMG G63 AMG 6X6

Berbanding trak pikap lain di luar sana, MERCEDES – AMG G63 AMG 6X6 memang cukup berbeza. Tidak ada trak pikap lain yang kelihatan dilahirkan untuk bertempur seumpamanya. Ia sebenarnya dihasilkan untuk kegunaan tentera Australia dengan enjin 5.5-liter V8 turbo berkembar.

Ia juga mempunyai segala keperluan terbaik kenderaan pacuan empat roda seperti portal axles, diff-locks dan macam-macam lagi. Satu kekurangannya ialah ruang kargo yang kecil. Tapi siapa yang peduli bila mampu memiliki trak pikap seperti ini.

BACA: KENALI VOLKSWAGEN TARO – TOYOTA HILUX DENGAN LENCANA VW

HSV Maloo

Ia memang sebuah Ute sebenarnya berbanding trak pikap tapi keduanya sebenarnya berada dalam segmen yang sama. HSV bermaksud Holden Special Vehicles dan mereka telah menghasilkan Maloo sejak dari 1990. Ia diasaskan daripada Ute Holden standard tetapi telah diubahsuai ke tahap yang paling ekstrim. Contoh terbaik ialah HSV Maloo R8 LSA ini.

Ia menggunakan enjin 6.2-liter VSA V8 yang mampu menghasilkan 550 hp kuasa dan menggunakan pacuan tayar belakang. Ia turut dilengkapkan dengan brek 6-piston NASCAR, torque vectoring dan kawalan pelepasan untuk model transmisi manual. Memang tak memalukan kalau kalah lumba drag dengan Maloo.

Volkswagen Type 2

Ia asalnya dilancarkan sebagai sebuah van panel dan kemudiannya sebagai sebuah bas mini. Ia boleh didapati dalam varian single dan crew-cab dan dilengkapi dengan ruang kargo yang berpatutan.  Walaupun dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1967, pengeluarannya diteruskan di Brazil sehinggalah tahun 2013.

Ia mengekalkan penggunaan enjin sejukan udara sehingga akhir hayatnya dan nilainya juga semakin meningkat. Jika anda memilikinya jangan sesekali menjualnya sesuka hati kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat bernilai.

Mini Paceman Adventure Concept

Pikap bukanlah sesuatu yang asing kepada Mini satu ketika dahulu. Tapi pada tahun 2014 Mini menghidupkan kembali trend pikap mereka dengan model konsep yang dinamakan Mini Paceman Adventure Concept.

Walaupun rasanya kalau dijual pun tidak ada pemilik yang akan menggunanya untuk mengangkut barangan, ia sebenarnya sebuah pikap yang cukup laju dengan enjin 1.6-liter turbo. Sayangnya ia cuma sebuah konsep.

Mercedes-Benz Unimog

ini sebuah lagi pikap ganas dari Mercedes. Ia sudah wujud berdekad lamanya dan mempunyai pelbagai kegunaan dari ketenteraan, menarik gerabak kereta api sehinggalah sukan bermotor seperti perlumbaan Dakar. Ia menggunakan enjin disel 5.1-liter turbo yang kemudiannya dipadankan dengan kotak gear unik dengan lapan kelajuan ke hadapan dan 6-kelajuan mengundur. Kedalaman air 31 inci bukanlah penghalang perjalanan Unimog.

Lamborghini LM002

Walaupun kini kita mempunyai pikap berkuasa dengan nasi supercar. Trend ini sebenarnya diperkenalkan oleh Lamborghini dengan LM002 mereka. Walaupun mempunyai ruangan yang terhad untuk membawa barangan, hakikat yang ia dikuasakan enjin V12 Lamborghini Countach memang tidak mengecewakan. Ia akan kekal dalam sejarah sebagai sebuah trak pikap yang sangat hebat pernah dihasilkan.

Kredit Carbuzz.c

Google ads
Back to top button