Buletin

MINYAK PELINCIR UNIXX KINI DI MALAYSIA

Syarikat pelincir yang berpusat di SIngapura, Contix Asia Pte Ltd hari ini telah melancarkan minyak pelincir mereka, Unixx di Malaysia, bertempat di Green House Jalan Ampang sebentar tadi

Tan Kok Hwee, Pengurus Jualan Contix Malaysia memberitahu “Minyak enjin Unixx direka untuk prestasi kenderaan secara keseluruhan dan menepati piawaian API dan standard ACEA. Begitu juga dengan spesifikasi pelincir OEM, emisi dan tenaga. Produk kami telah diuji untuk kualiti dan kami yakin ia produk yang sesuai di Malaysia untuk menjadikan enjin lebih lancar dan lebih bersih”

Pelancaran minyak pelincir ini adalah serentak dengan penglibatan syarikat ini dalam perlumbaan Thailand Super Series yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Mac hingga 1 April nanti.

“Kami berbangga diberi peluang berkerjasama dengan Unixx TR Motorsport Race Team. Unixx telah teruji dan ia terbukti berkesan pada pelbagai jenis kereta lumba samada kereta trek, endurance, kereta drag, drift dan perlumbaan lain dalam perlumbaan sekitar wilayah ini.

Ini adalah tahun ketiga Contix Asia mennaja pasukan Unixx TR Motorsport Race Team. Mereka pernah menjuarai Thailand Super Series 2017 menerusi kelas Supercar GTC dengan kereta Porsche 977. Mereka juga memenangi tempat kedua bagi kelas Thailand Super Production dengan kereta Honda City.

BACA: BAGAIMANA MEMILIH PELINCIR YANG BETUL?

Pada tahun ini, mereka mempertaruhkan sebuah Porsche GT3 dengan pemandu Thomas Raldorf. Thomas, yang berasal dari Demark telah berhijrah ke Thailand pada 1997 dan telah memulakan karier perlumbaan profesionalnya pada sejak 1998. Memenangi lebih 40 kejuaraan seperti kart, endurance dan pelbagai lagi.

Selain daripada perlumbaan besar, Unixx juga menaja pelbagai event tempatan seperti GXP Thailand dan pasukan Unixx JMS Tuner Motorsport dalam perlumbaan MSS. 

Minyak pelincir Unixx didatangkan dalam pelbagai kelikatan seperti 5W-40, 10W-40, 10W-30 dan 15W040 untuk disel.

Selain Malaysia, Unixx juga dipasarkan di China, Thailand dan juga Myanmar.

Google ads
Back to top button