Buletin

BAYANGAN SUBARU XV BARU DIDEDAHKAN, LEBIH SPORTY

Subaru baru menyiarkan imej awal SUV popular mereka XV yang bakal mendapat penggantinya tak lama lagi. Dijadualkan akan dipamerkan di Geneva, XV generasi baru ini merupakan model baharu sepenuhnya menggantikan model sedia ada yang sudahpun berada di pasaran sejak 2012.

Model ini akan dipertontonkan sepenuhnya pada pameran Geneva yang dijadualkan pada 7 Mac akan datang. Sebelum itu, bayang-bayangkan dipaparkan untuk tatapan umum.

BACA: SUBARU IMPREZA, CAR OF THE YEAR 2016

BACA: SUBARU BRZ 2017, PERUBAHAN YANG KETARA

Menarik? Nampak lebih sporty dengan garis lebih tajam. Tidak dinafikan, XV merupakan perkongsian Impreza yang berjaya. Ia meneroka segmen crossover baru yang sebelum ini banyak dipengaruhi bayang-bayang Forester.

Media dimaklumkan bahawa model baru ini masih banyak berkongsi platform dengan model sedia ada namun didatangkan dengan pembaharuan mutlak pada rekabentuknya. Ia lebih sasa, tajam dan sporty mengikut garis rekabentuk model terkini Subaru.

 

Google ads
Back to top button