Buletin

PETRONAS COFFEE BREAK KEMBALI – AGIH 600K CAWAN KOPI SECARA PERCUMA SEMPENA CNY

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Petronas hari ini melancarkan kempen Petronas Coffee Break.

Kempen itu melibatkan 121 buah stesen minyak Petronas di lebuh raya, laluan utama dan kawasan bertrafik tinggi di seluruh negara.

Stesen-stesen ini akan mengagihkan 600,000 cawan kopi panas yang dibru segar dan snek pada 28 hingga 31 Januari 2017 bermula jam 2 petang, sehingga stok masih ada.

“Kami menjangkakan jumlah trafik yang tinggi sepanjang musim cuti Tahun Baru Cina kali ini. Justeru, kami ingin menjemput semua pengguna jalan raya untuk singgah ke stesen Petronas, menikmati kopi dan mengisi minyak Petronas Primax 95 dan Primax 97 sebelum menyambung perjalanan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PBD), Mohd Ibrahimnudin Mohd Yunus.

Sudah memasuki tahun ke-18, Petronas Coffee Break turut membantu menyampaikan mesej keselamatan jalan raya menerusi kolaborasi dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Pengguna akan didedahkan dengan “7 tips keselamatan jalan raya” di stesen minyak Petronas agar mereka sentiasa berhati-hati, supaya dapat pergi dan pulang dari kampung halaman dengan selamat.

BACA: MINYAK PELINCIR PETRONAS SYNTIUM KHAS UNTUK KERETA PROTON

PBD juga menjalin kerjasama dengan beberapa rakannya yang lain seperti Proton. Pengeluar kereta nasional itu akan menawarkan pemeriksaan 20 poin ke atas kenderaan Proton di beberapa stesen minyak terpilih secara percuma.

Kempen tersebut dilengkapkan lagi dengan penajaan bahan api kepada 50 buah kenderaan kecemasan St. John Ambulance of Malaysia (SJAM) bernilai RM20,000. Ini merupakan tajaan tahun ke -23 yang membolehkan SJAM menawarkan bantuan kepada pengguna di lebuh raya.

Selain Proton dan SJAM, Petronas Coffee Break bekerjasama dengan Nestle Products Sdn. Bhd., Munchworld Marketing Sdn. Bhd., Suntory Beverages & Food Malaysia Sdn. Bhd. serta Mondelez Malaysia Sales Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut mengenai kempen Petronas Coffee Break, sila layari laman web: www.mymesra.com.my

Google ads
Back to top button