Buletin

MERCEDES-BENZ G-CLASS, AMG GT R PAKAI ‘SWEATER’ KRISMAS. LAWA KE BURUK?

Mercedes-Benz memadankan rekaan menarik perhatian pada jentera G-Class dan AMG GT R sempena sambutan Krismas ini.

Kedua-dua kenderaan ini dilengkapi sentuhan wrap memiliki corak menarik yang bakal memeriahkan lagi sambutan Krismas. Tapi lawa ke buruk wrap ini?

Model Mercedes-AMG GT R menampilkan rekaan agak buruk menggabungkan pelbagai grafik sambutan hari Krismas dengan padanan warna merah jambu, oren dan putih.

Dengan rekaan sebegini, mana mungkin orang tidak perasan kehadiran jentera Mercedes-AMG GT R terbaharu apabila dipandu di jalan raya.

Bagi G-Class pula, ia hadir seperti ‘sweater’ Krismas dengan gabungan warna merah, putih dan hijau.

Selain itu, rim jentera ini turut didatangkan warna hitam gloss dan gril berwarna hitam pada bahagian lampu utama.

Jelas sekali,  Mercedes-Benz memanfaatkan musim perayaan ini dengan menyediakan wrap tema hari Krismas pada beberapa buah model lain sebelum 25 Disember.

Dalam perkembangan lain, Mercedes-Benz dikatakan sedang giat menghasilkan kenderaan elektrik EQS.

 Ia dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2021 dan mampu menempuh jarak sehingga 700km.

Mercedes-Benz juga bakal memperkenalkan crossover elektrik mereka iaitu EQA.

Model ini turut dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan dan akan disediakan dalam tiga konfigurasi kuasa tren yang menjana kuasa 201hp, 268hp, dan 335hp. -carscoops

GALERI

Google ads
Back to top button