Buletin

BAYAR TAMBANG, TIDUR DAN MENINGGAL DUNIA

Seorang penumpang dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan angkot di jalan Pandeglang-Serang, bandar Serang,Jawa, Indonesia.

Lapor Tribunnews, pemandu kenderaan awam itu, Herman berkata, kejadian berlaku di belakang pasar raya Carefour, Jalan Jendral Ahmad Yani.

Katanya, sebahagian besar penumpang sudah turun di Kebon Jahe dan hanya tinggal seorang penumpang perempuan berusia 52 tahun duduk di bahagian hadapan.

“Ketika memasuki Kota Serang, mangsa memaklumkan dia ingin tidur dan sempat membayar wang sebanyak 10,000 rupiah (RM2.90) terlebih dahulu.

“Wanita itu turut memesan kepada saya supaya mengekutnya apabila sampai di Ceceri, Kota Serang,” katanya.

Herman menambah, selepas tiba di destinasi dia berusaha mengejutkan wanita itu, namun, tiada sebarang respons diberikan.

Dia sangat terkejut dengan kejadian itu dan meminta pertolongan penduduk setempat mengejutkan wanita tersebut.

Begitupun, ternyata wanita itu sudah meninggal dunia. – Utusan

Google ads
Back to top button