Buletin

PANDEMIK PAKSA 1 DARIPADA 5 TEKSI HITAM LONDON GULUNG TIKAR

Teksi hitam yang merupakan simbol ikonik bandar London kini berdepan laluan berliku.

Perkhidmatan menggunakan pemandu profesional sangat terlatih malah dianggap sebagai kerjaya mula terkesan dengan pandemik Covid-19.

Bahkan, ribuan teksi hitam ini mula menghentikan operasi kerana tidak dapat menjana pendapatan.

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 20 peratus teksi hitam di London tidak aktif dan ia dijangka akan pulih semula apabila pandemik berakhir kelak.

Begitupun, terdapat sinar bagi pemandu-pemandu teksi hitam ini apabila vaksin mula diedarkan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada industri teksi mampu bertahan seperti perniagaan-perniagaan lain yang terpaksa gulung tikar.

Dalam video pendek, Bloomberg, situasi bagi mereka yang masih memberi perkhidmatan tersebut tidaklah begitu baik.

Salah seorang pemandu memberitahu dia hanya memperoleh pendapatan kira-kira AS$94 (RM381) sehari.

Ia seolah-olah seperti tidak menjana pendapatan apabila perlu menolak sewa, insurans dan perbelanjaan lain.

Kebanyakkan pemandu teksi hitam di London perlu menyewa kenderaan mereka pada harga AS$375 (RM1,523) seminggu.

Lokasi seperti stesen kereta api dan lapangan terbang yang menjadi sumber pendapatan konsisten mereka juga berkurangan sekali gus merumitkan lagi keadaan para pemandu ini.

Segelintir pemandu turut melahirkan rasa kecewa kepada Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang didakwa tidak membantu mereka.

Salah seorang pemandu teksi memberitahu Sky News, “Liverpool melakukan sesuatu, Andy Burnham di Manchester United menjadi juara orang ramai turut mencari jalan membantu pemandu teksi. Sadiq Khan tidak melakukan apa-apa”

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Pemandu Teksi Berlesen, Steve McNamara, yang mewakili separuh pemandu teksi di London memberitahu New York Times, wabak berkenaan merupakan ancaman yang lebih nyata kepada pemandu teksi hitam berbanding perkhidmatan seperti Uber.

“Ia sangat menakutkan dan semakin teruk,” jelas McNamara.

Dia mendakwa terdapat satu perlima sahaja teksi di London masih menjalankan operasi malah mereka yang berada di jalan raya juga begelut meraih pendapatan.

Situasi ini sangat menakutkan terutama dalam konteks peralihan teksi hitam kepada tenaga lestari.

Kebanyakkan teksi hitam London beralih menjadi kenderaan elektrik ataupun hybrid, perubahan yang diperlukan dan menelan kos tinggi.

Ia berikutan England bercadang melarang penjualan kenderaan pembakaran dalaman menjelang 2030. – thedrive

Google ads
Back to top button