Buletin

MAZDA3 SPORT BLACK SPECIAL EDITION

Mazda 3 Sport Black edisi khas telah ditambah ke dalam keluarga hatchback Mazda3.

Mazda3-Sport-Black-2017-mekanika (1)

Tempahan sudah dibuka pada 1 April pada harga £20,995 (RM116,000). Model berkenaan menjadi lebih menarik menerusi penggunaan rim aloi 18-inci dan penggayaan kit sporty  berwarna  hitam. Ia merangkumi splitter hadapan, skirting sisi, bampar belakang, spoiler dan cermin pintu.

Mazda hanya menawarkan 800 unit bagi pasaran United Kingdom. Model itu tersedia dengan enjin 2.0 liter aspirasi biasa bersama kotak gear manual enam kelajuan.

Mazda3-Sport-Black-2017-mekanika (3)

Bahagian kabin dilengkapi sistem bunyi yang telah dipertingkatkan, kamera undur, keyless entry, kawalan jelajah dan pendingin hawa dua zon bersama skrin sentuh 7 inci. Tidak ketinggalan navigasi sebagai ciri standard.

Mazda 3 Sport Black ditawarkan dengan dua warna iaitu merah dan putih.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button