
BEKALAN TOYOTA SUPRA A90 2.0L TIDAK CUKUP. INI SEBABNYA…
Tahun lalu, Toyota memperkenalkan versi Supra A90 yang leboh murah untuk membolehkan lebih ramai pelanggan memilikinya.
Model itu didatangkan dengan enjin 2.0 liter. Walaupun kurang berkuasa, ia sudah cukup untuk mereka yang lebih mementingkan gaya dan bukannya prestasi di atas jalan raya. Namun, varian itu kini dikatakan mengalami masalah bekalan dan tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.
Seperti pengeluar kenderaan lain, Toyota turut berdepan masalah rantaian bekalan akibat pandemik COVID-19 dan kekurangan bahan mentah. Toyota bagaimanapun tidak menjelaskan dengan spesifik apakah masalah yang dihadapi di kilangnya di Austria.
Lagi satu punca kenapa bekalan model itu tidak cukup adalah kerana ia kurang popular berbanding Supra dengan enjin 3.0 lliter turbo. Menurut Toyota, jualan varian itu cuma 15 peratus. Selain kuasa, beza harga yang tidak terlalu ketara membuatkan pembeli lebih cenderung untuk mendapatkan versi enjin 3.0 liter.
Enjin yang diambil daripada BMW dan ditala semula oleh Toyota itu mampu menjana sehingga 383hp. Manakala enjin 2.0 liter pula berkuasa 255hp.
Ketika model lain terjejas akibat penularan COVID-19, Supra nampaknya dapat bertahan dengan agak baik. Sepanjang tahun 2020, ia menjadi satu-satunya model Toyota yang mencatatkan kenaikan jualan.