
IKTIBAR DARI INSDEN NISSAN SKYLINE R34 UNTUK PARA PEMANDU
Tahun ini kita dikejutkan dengan kejadian Mercedes Benz AMG dan Proton X50 terbabas dan mengalami kemalangan ketika dipandu oleh bukan pemiliknya. Dalam kejadian kemalangan Proton X50, ia dipandu oleh jurujual yang dalam perjalanan ke rumah pemilik.
Semalam kita dikejutkan dengan satu lagi kemalangan jentera Nissan R34 yang dipandu oleh broker untuk ke rumah pemilik baru. Namun jentera tersebut mengalami kemalangan dalam perjalanan. Ikuti coretan Tuan Azad Jasmi berkenaan insiden ini
1. Saya ingin berkongsikan sedikit pandangan kecil saya dari insiden yang berlaku melibatkan kenderaan yang melanggar pokok. Saya hanya melihat gambar kemalangan tersebut dari media sosial.
2. Tujuan penulisan ini bukan hendak menunding jadi dan mencari kesalahan atau sebab berlakunya kemalangan. Objektif perkongsian ini adalah sebagai peringatan buat diri saya sendiri serta pembaca agar sama-sama kita mendapat manfaat insyAllah. Saya yakin ramai pemandu yang lebih hebat dan berpengalaman di luar sana, cuma bila ada peluang saya cuba infaq sedikit ilmu untuk kebaikan.
3. Tiada prejudis buat mana-mana pemandu. Kita tidak tahu punca sebenar berlakunya kemalangan dan artikel kecil ini hanya untuk panduan sahaja.
4. Kenderaan yang hebat dengan sistem brek dan suspensi mahal bukanlah “lesen” untuk kita memandu laju di atas jalan raya lebih-lebih lagi pada kawasan perumahan, pada kawasan pusat perniagaan atau jalan-jalan yang ramai kenderaan.

5. Jangan sesekali kita “underestimate” kekuatan kenderaan dan “overestimate” keupayaan diri. Kebanyakkan kenderaan zaman ini ialah pacuan roda hadapan atau FWD dan banyak juga pacuan empat tayar atau AWD dan 4X4 (AWD dan 4×4 mempunyai mekanisma berbeza dan karektor berbeza) dan juga pacuan roda belakang atau RWD. Jadi karektor kenderaan berbeza dan “response” kendeaan juga berbeza di jalan raya, terutama bagi kenderaan yang telah ditala (tuned) dengan tahap prestasi injin yang tinggi (high performance tuned.)
6. “Aku dah ada lesen dekat 20 tahun lebih, aku pernah masuk lumba, aku tahu sistem kereta aku, aku pernah itu ini, aku biasa bawa sports car, aku dah masuk kelas defensive driving, aku selalu masuk race.”. – Ini semua bukan lesen membolehkan kita pandu laju di jalan raya sewenang-wenangnya.Kata-kata ini bukanlah satu validasi yang melayakkan kita memandu dengan laju.
7. Sikap diri, ego diri, adab pemanduan itu bukan berdasarkan berapa lama anda dapat lesen atau berapa mahal sistem kenderaan kita. Sikap ini perlu dibentuk dan jangan jadikan jalan raya untuk tempat nak “test power”, nak jadikan tempat nak suruh kawan rasa kereta yang baru ditala, nak test sistem brek dan sebagainya
8. Kita menekan minyak dengan laju dan akhirnya tahap brek anda itu tidak terlaksana dengan baik, bukan kerana brake pads itu salah tapi tahap ilmu pemandu dan sikap pemandu yang memilih lapangan yang salah untuk “test power”. Ini kerap kali berlaku.
9. Ramai menganggap suspensi sport dan rendah, tayar lebar, tukar rim sport, tukar “brake pads berprestasi tinggi” dah membolehkan anda memandu laju. Dan mereka rasa kenderaan mereka ini dah “layak” untuk dipandu laju.
10. Tingkatkan ilmu pemanduan dan ilmu pemanduan ini bukan sahaja skil fizikal mengawal kenderaan tetapi skil kematangan diri untuk mengawal emosi agar tidak mudah terpengaruh dengan “ajakan” kenderaan lain atau mudah teruja dengan kenderaan lain di atas jalan raya. Kematangan mengawal emosi juga ilmu pemanduan yang jarang diambil berat.
11. Sebelum memandu, elok berdoa dan bertawakkal. Buangkan rasa ego dijalan raya.
12. Tidak kira jenama kenderaan apa atau jenama tayar apa pun, atau jenama brek, ini tidak boleh “Defy the law of physics” atau menentang lumrah fizik bila hujan. Elok perlahankan kenderaan.

13 Sekali lagi peringatan, jalan raya bukan tempat berlumba atau tempat nak pamerkan kelajuan kenderaan atau kemahiran pemandu kerana ia boleh mencederakan orang lain jika berlaku kemalangan.
14. Jika kita memandu kenderaan yang belum pernah kita pandu, dapatkan dahulu “feel” kekuatan engine, tahu keupayaan brek serta bagaimana response steering serta “behaviour” kenderaan tersebut. Elakkan terus nak uji “power” jika kita memandu uji kenderaan baru atau mana mana kenderaan yang belum pernah kita cuba sekalipun kenderaan rakan-rakan kerana “feedback” kenderaan itu mungkin diluar jangkaan kita dan diluar kemampuan skil kita.
15. Ingatan saya, tanya dahulu spesifikasi kenderaan tersebut sebelum anda memandu dan jika kebiasaan kita memandu kenderaan dibawah 200bhp dan kenderaan yang baru kita ingin cuba atau pandu itu melebihi had kuasa kuda yang kita tidak biasa, maka janganlah sesekali kita ingin “uji” atau cuba sewenang-wenangnya.16. Untuk pengetahuan umum, bagi kenderaan yang telah diberikan penalaan (tala = tune) ini, terutama kenderaan yang dipasang dengan sistem turbo. Biasanya pelarasan kuasa atau “power delivery” bagi kenderaan yang keluar kilang akan mempunya graf tork dan kuasa yang lebih linear atau karektor injin tersebut mempunyai graf yang landai. Ini bermakna corak tindak balas kuasa injin ialah lebih “harmoni” dan pemandu akan dapat merasi kuasa injin yang meningkat secara tidak mendadak.
16. Namun, kerapkali (tidak semua) kenderan yang ditala dengan saiz turbo yang besar akan berikan “turbo lag” dan apabila sampai pada keadaan selepas situasi “turbo lag” ini maka pelarasan kuasa akan datang dengan lebih mendadak kerana graf tork dan kuasa injin akan ada lonjakan ( spike).
17. Jadi bagi pemandu yang tidak biasa dengan sifat kenderaan ini, akan merasakan bahawa kenderaan ini kurang upaya pada awalnya kerana masih berada pada tahap awalan graf tork dan kuasa dan apabila berlaku lonjakan secara tiba-tiba apabila melepas tahap “turbo lag” ini maka kenderaan akan meluncur dengan laju.
18. Oleh itu, bagi pemandu yang tidak biasa, mereka akan menekan pedal minyak dengan begitu banyak pada tahap awalan dan tanpa mereka sedar bahawa apabila sahaja kenderaan melepasi had “turbo lag” dengan tahap pusingan ingin (RPM) yang tinggi dan kenderaan juga telah memasuki “power band”, maka keadaan ini akan berikan satu situasi yang mengejutkan. Lebih-lebih lagi kenderaan yang berkuasa 400bhp ke atas dan RWD. Ini kerana jika pada tahap lonjakan kuasa ini berlaku dan steering kereta berada pada sudut ke kiri atau kanan walaupun sedikit, maka kemungkinan besar kenderaan akan terbabas.
19. Nasihat saya untuk diri sendiri dan pembaca, jangan sesekali kita rasanya kita tahu senua benda dan kita boleh kawal semua kenderaan. Elok fahami dahulu segala mekanisma kenderaan. Pun begitu, walaupun kita dah tahu, usah jadikan jalan raya awam tempat untuk menguji ego dan keinginan kita.
20. Saya harap agar sama-sama kita cuba pandu dengan lebih berhemah dan memikirkan pemandu dan penunggang lain di jalan raya.Yang baik dari Allah dan buruk itu dari saya dan ini juga peringatan buat diri saya insyaAllah. Maaf jika ada kesalahan info dan sila betulkan. Terima kasih.Safety First, Last & Always.