Buletin

KASUT PEMANDU MAZDA X MIZUNO. REKA BENTUK KODO, RM1,500 SEPASANG

Mazda baru-baru ini menjalin kerjasama dengan pengeluar pakaian sukan Mizuno untuk memperkenalkan kasut pemanduan yang menyerlahkan falsafah reka bentuknya. 

Kasut yang memiliki garis-garis minimalis dan gayaan ringkas itu membawa bahasa rekaan Kodo Soul of Motion Mazda seperti yang diterapkan pada semua kenderaannya. 

Harus tahu, kasut Mazda X Mizuno itu bukan sekadar cantik sahaja. Menurut Mazda, ia menawarkan operasi pedal kereta yang lebih stabil, selesa dan ringan. Ia juga memiliki beberapa ciri penting kasut Mizuno seperti dorsiflexion yang membantu menambah baik aspek kawalan dan ketepatan ketika menekan pedal. 

Sedia maklum bahawa kebanyakan kasut memandu lain mempunyai tapak yang keras dan nipis. Ini membuatkannya kurang selesa untuk dipakai ketika berjalan dan sebagainya. Berbeza dengan kasut ini, Mizuno menggunakan teknologi Cob atau ‘pod cluster’ untuk memberikan serapan atau kusyen yang lebih selesa kepada kaki. 

Kasut itu menjadi perintis kepada Mazda dalam menghasilkan produk-produk gaya hidup. Mazda berhasrat untuk memperkayakan kehidupan pelanggannya menerusi produk dan pengalaman. 

Kasut tersebut sudah boleh ditempah di Makuake pada harga ¥39,600 (RM1,500) sepasang. Penghantaran bakal bermula pada Mac 2022. 

GALERI

Google ads
Back to top button