Modifikasi

ATOK SUPRA DENGAN ENJIN 2JZ. 1800 KUASA KUDA. HALAJU MAKSIMA 307KM/J

Anda pernah ingat Toyota Supra A90 dengan enjin B58 BMW? Toyota Supra 2020 ini menghasilkan sekitar 1000 kuasa kuda selepas melalui proses modifikasi besar-besaran dan dirakam dalam video Youtube Papadakis. Tapi jika anda rasakan 1000 kuasa kuda cukup hebat, enjin lajenda 2JZ masih ada muslihat yang masih disimpan rapi.

Real Street Performance merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan dalam pembinaan kereta perlumbaan drag dan baru – baru ini mereka menghasilkan kerja tangan yang cukup mengagumkan dengan menggunakan Supra A80 serta enjin 2JZ

Untuk selama hampir separuh dekad, perlumbaan suku batu (quarter mile) menjadi sangat popular bagi mengukur kekuatan sebuah kereta dan dalam arena ini Supra MK4 telah mendominasi acara ini. Enjin 2JZ masih ada potensi yang sangat besar untuk dimodifikasi secara ekstrem walaupun sudah melebihi 20 tahun.

Bagi modifikasi baru yang dilakukan, pasukan Real Street Performance memilih untuk mengukuhkan ketegrana blok enjin 2JZ dengan rekaan billet baru, turbo yang lebih besar dan sistem suntikan yang lebih besar bagi menghasilkan 1800 kuasa kuda dari enjin 3000cc 6 silinder ini

Selain dari itu enjin 2JZ ini menggunakan sistem pengurusan ECU Real Street RS2000 Engine Programme, Piston prestasi tinggi dari Manley, rod penyambung aluminium, turbo bersaiz 8685 (turbo 86mm, kompressor 85mm), sistem transmisi ATF dan juga ECU Motec talaan sendiri.

Tapi dalam ujian penentuan masa, Supra ini terpaksa akur dengan kekalahan kepada Dodge Viper yang menggunakan enjin 8400cc V10 yang menghasilkan sehingga 2000 kuasa kuda. Ketika diuji, Supra ini mencatatkan masa untuk suku batu dalam masa 7.27 saat dan halaju tertinggi ialah 307km/j.

Anda boleh tonton video di bawah bagi melihat aksi Supra ini melakukan wheelie

Google ads
Back to top button