BuletinMotosikal

BELI DUCATI, PERCUMA SERVIS, ALAT GANTI DAN JAMINAN 2 TAHUN TANPA HAD, NAK APA LAGI?

Next Bike Sdn. Bhd, pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia mengumumkan program baru yang dikenali sebagai Ducati Smart Service. Mula-mula Abang Japar ingat recall, maklumlah sekarang nak bagi nama recall sedap sikit macam-macam nama pengeluar bagi. Tapi yang Ducati ni sebenarnya tidak.

Ia adalah program pemilikan baru bagi pembeli yang menempah mana-mana motosikal Ducati bermula bulan Mei 2017. Setiap motor Ducati kini datang dengan servis dan alat ganti percuma termasuk servis DESMO dalam julat 30,000 kilometer. Ia sangat menarik kalau melihat jenama Itali ni berani menawarkan pakej yang tak ada pengeluar Jepun berani tawarkan.

BACA: DUCATI CAFE RACER “SI JERUNG BIRU”

Tak cukup lagi? Setiap pembelian motosikal ini disertakan dengan jaminan DUA tahun TANPA HAD.

Dalam kenyataan akhbar yang sama, Next Bike Sdn Bhd turut mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan enam model baru untuk tahun 2017 tidak lama lagi. Ia adalah Multistrada 950, Monster 797, Supersport, Supersport S, Scrambler Café Racer dan Scrambler Desert Sled.

Google ads
Back to top button