,
Artikel Pilihan

BELI HARTANAH HARGA RM6.42 JUTA, DAPAT SEKALI 300 UNIT KERETA VINTAJ!

Seorang lelaki dari British Columbia, Canada baru-baru ini membuat tawaran yang pastinya sangat sukar untuk ditolak oleh mana-mana peminat kereta, terutama kereta vintaj.

Mike Hall dilaporkan mahu menjual hartanah yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kamloops. Kat mana tempat ni, abang Japar pun tak pasti. Itu tidak penting. Apa yang lebih penting ialah apa yang datang sekali dengan hartanah tersebut.

Hartanah Hall merangkumi lima ekar tanah, sebuah rumah yang telah siap diubah suai, sebuah bangunan berkeluasan 1,200 kaki persegi, sebuah ruang penyelenggaraan kenderaan seluas 900 kaki persegi dan kira-kira 340 buah kereta! Dengan 300 daripadanya ialah kereta vintaj.

Lelaki itu memberitahu, dia sebenarnya tidak pasti berapa banyak kereta yang dimiliki. Nilai kereta itu adalah sekitar AS$500 (RM2,215) hingga AS$35,000 (RM155,000) sebuah.

“Saya mula mengumpul kereta ini sejak berusia 20 tahun. Pada mulanya 50 buah kereta. Kemudian koleksi menjadi 100 buah. Saya terus membeli kereta. Memang senang membeli kereta ketika masih bekerja.

“Membeli kereta seperti satu ketagihan. Apabila ada 100 buah kereta, 200 kereta mungkikin rasa lebih bagus. Sekarang jumlah kereta saya lebih 300 buah,” kata Hall kepada laman web Driving.

Walaupun tidak menyatakan sebarang sebab spesifik kenapa dia mahu menjual hartanah dan semua kereta itu, Hall mengakui dengan usia yang sudah menginjak 60 tahun, dia sudah tidak ada masa untuk merestorasi semua kereta tersebut.

Jadi berapa harganya? Hall mahu menjual semua ini pada harga AS$1.45 juta (RM6.42 juta). Memang berbaloi-baloi.

“Anda bukan sekadar membeli kereta, tanah  dan bangunan. Tetapi ini adalah satu peluang seumur hidup untuk menghabiskan masa melakukan apa yang disukai, merestorasi kereta vintaj dan tinggal di antara kawasan paling cantik di British Columbia. Harga ini sangat berpatutan,” jelas laman web yang mengiklankan hartanah itu, century21.

BACA: LELAKI INI PULANG KE ALEPPO DAN MENDAPATI SEMUA KERETA VINTAJNYA MUSNAH

GALERI (kredit foto: century21

Tags
Google ads
Back to top button