Buletin

BELI BMW E60 5 SERIES TERPAKAI RM377K. KECEWA BANYAK ROSAK, PENGEDAR LEPAS TANGAN

Seorang pengguna akaun Facebook bernama Dappy Tan berkongsi ceritanya membeli sebuah BMW E60 5 Series 523i daripada Evolution Motors pada 11 September lalu.

Tan hanya mengambil kereta tersebut pada 29 September, namun apa yang mengejutkannya adalah dia menemui banyak kecacatan pada kereta itu hingga terpaksa pergi ke tempat kerja menaiki teksi.

Semasa pandu uji, Tan sudah mengesan beberapa masalah seperti kecacatan pada penyerap hentak, enjin, tingkap dan kunci pintu. Namun, pemilik pengedar itu, Farhan mengatakan bahawa ia akan dibaiki sebelum diambil oleh pelanggan.

“Dia berjanji akan membaikinya sebelum diserahkan,” kata Tan, pemilik kereta kali pertama yang membuat pinjaman bank sebanyak AS$83,271 (RM366,727) untuk membayar kereta itu.

Tetapi apabila Tan mengambil kereta tersebut pada 29 September, dia mendakwa tidak diberikan kunci kereta yang berfungsi.

“Saya terpaksa menukar selongsong kunci dan menduplikasi satu lagi,” kata Tan sambil menambah kereta itu tidak dicuci ketika dia mengambilnya.

Lebih mendukacitakan adalah pemiliknya, Farhan memberi alasan Covid-19, tenaga kerja dan isu bekalan alat ganti menjadi faktor kereta tersebut tidak dibaiki.

“Saya percayakan Farhan kerana dia ialah pemilik syarikat, tetapi dia lebih teruk berbanding seorang jurujual.”

Melalui perkongsian di Facebook Complaint Singapore, dia telah memfailkan laporan polis terhadap pengedar tersebut. “Saya telah berunding dengan peguam dan membuat laporan polis. Saya berkongsi pengalaman ini kerana saya tidak mahu orang lain berdepan situasi seperti ini,” jelas Tan.

Google ads
Back to top button