Buletin

BELI KERETA SEKARANG ATAU “NIKMATI” KENAIKAN HARGA PADA SEPTEMBER NANTI

Mengikut pada aliran pasaran seperti tahun-tahun sebelum ini, tempoh dua bulan bermula dari Hari Raya merupakan waktu di mana pasaran kereta bergerak perlahan. Justeru itu, melihatkan pada aliran ini, pasaran kereta di Malaysia dijangkakan akan meningkat pada bulan Ogos.


Bermula sekarang hingga Ogos 2018 adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kereta

Walau bagaimanapun, dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini mengenai pemansuhan GST kepada kadar sifar dijangka akan mengubah keadaan semasa dan kami percaya sekarang ini merupakan masa yang terbaik untuk pengguna membeli sebuah kereta baharu kerana pelaksanaan SST bakal berkuatkuasa pada September.

BACA: PROTON TAWAR REBAT TUNAI

Menurut pelbagai sumber, harga kenderaan berpotensi untuk meningkat selepas adanya SST, seperti yang disebut oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad dalam wawancaranya bersama media pada bulan Mei, “Harga kereta akan meningkat apabila SST sebanyak 10% dilaksanakan.”

Kereta baharu lebih memudahkan proses permohonan pinjaman dengan kadar yang lebih baik

Bagi pasaran kereta terpakai, oleh kerana persaingan yang sengit, penjual secara umumnya menyerap nilai GST. Oleh itu, harga ditawarkan tidak akan terjejas dengan GST yang berkadar sifar.

Sebagai contoh, Proton Saga ini adalah kereta paling murah dalam kategorinya di pasaran. Ia kini dijual kurang RM30,000

Bagi pengguna yang ingin berjimat, mereka mungkin akan lebih tertarik dengan pasaran kereta terpakai kerana perbandingan kos disangka lebih murah dan praktikal.

Walau bagaimanapun, proses membeli kereta terpakai adalah sedikit lebih rumit berbanding dengan pengalaman membeli kereta baharu kerana kelulusan pinjaman mungkin lebih mudah untuk diperoleh dan kadar faedahnya lebih rendah disebabkan risiko yang lebih rendah berbanding dengan kereta terpakai.

Dengan ini, jumlah pinjaman yang diluluskan menjadi lebih tinggi amaunnya

Google ads
Back to top button