Buletin

BELI SEBUAH APARTMENT DAN PERCUMA KERETA BMW

Di sebuah negara yang pasaran keretanya kini adalah yang terbesar di dunia, peningkatan kadar permintaan kini memuncak.

Negara yang kami maksudkan ialah China dan meskipun industri automotif di sana sedang rancak, industri perumahan juga sedang giat membangun.

Namun seperti yang berlaku di negara kita, pasaran hartanah di China sedang mengalami masalah peningkatan harga luar biasa. Sebuah apartment kecil din pinggir bandar pun sudah menjangkau harga jutaan Ringgit untuk di miliki.

Industri hartanah di sana sudah mula perlahan, khususnya bagi kelas menengah di mana pelbagai insentif diberikan kepada bakal pembeli.

Antara yang lazim dibuat ialah promosi pembelian dengan pembelian, pakej percutian, renovasi dan juga kadar faedah percuma untuk beberapa tahun.

Baru-baru ini, The Business Times melaporkan China Merchants Shekou Industrial Zone Holdings Co, salah satu pemaju perumahan telah melancarkan promosi percuma sebuah kereta BMW untuk pembeli mereka.

Ini dilakukan untuk memangkin jualan semasa yang ternyata perlahan. Dalam satu projek yang dilancarkan penghujung tahun lepas, hanya 25 daripada 350 pangsapuri yang sedang dibina terjual.

Kereta yang ditawarkan sebagai hadiah percuma adalah sama ada BMW 3 Series atau X1 SUV, tetapi apabila anda membuat perkiraan, ia adalah jumlah yang agak kecil kerana purata harga rumah yang dijual ialah sekitar 4.3 juta RMB (RM2.5 juta) seunit.

 

Google ads
Back to top button