
MITSUBISHI DEDAH FOTO AWAL MTSUBISHI TRITON FACELIFT
Pasaran trak pikap kecil mula mendapat sambutan di negara-negara Asia ketika pemain utama industri mula membuat trak dengan cara yang lebih serius.
Thailand, memiliki hub trak pikap terbesar di dunia dan ia dieksport ke negara-negara lain dengan hampir kesemua jenama utama berpusat di sana.
Mitsubishi merupakan antara pemain besar dalam segmen ini dan Triton adalah produk mereka yang cukup berjaya.
Model terbaru yang dikeluarkan pada 2015 sudah menjangkau usia pertengahan pengeluaran dan secara teorinya, sudah sampai masa, ia memerlukan pembaharuan kecil sebelum digantikan sepenuhnya pada tahun 2020.
Tidak pasti, samada Triton generasi seterusnya akan berkongsi bersama Nissan Navara berikutan pengambil alihan kumpulan NIssan-Renault terhadap syarikat Mitsubishi, namun yang jelas, model “facelift” akan datang ini masih lagi didasari model sedia ada.
BACA: RENAULT-NISSAN AMBIL ALIH MITSUBISHI
Baru-baru ini Mitsubishi telah menyiarkan satu foto teaser Triton (L200) yang akan menerima pembaharuan kecil.
Jika dilihat seperti foto di atas, kelihatannya Triton akan menerima “muka” baru, berkemungkinan besar dengan gaya rupa seuah Outlander
Ia nampak mirip kan?
Sekurang-kurangnya, itulah yang kami rasa setakat yang dapat diterjemahkan menerusi foto tersebut.