Buletin

NIKMATI SERVIS PERCUMA UNTUK 2 TAHUN, ANGPAU RM2K DENGAN PEMBELIAN FORD RANGER WILDTRAK & RAPTOR

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan promosi jualan Tahun Baru Cina yang menarik untuk Ranger Raptor dan Ranger WildTrak.

Sah sehingga 31 Januari 2020, para pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelengaraan percuma selama dua tahun atau 40,000km (mana-mana tiba dahulu), angpau bernilai RM2,000 dan Payung Golf Eksklusif Ford Performance. 

Ford Ranger WildTrak juga didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 sepanjang tempoh promosi ini.

Ranger WildTrak premium dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan pintar terkini yang memberikan keupayaan ‘Built Ford Tough’, selesa dan serba boleh sebagai kenderaan penumpang.

Ranger Raptor pula merupakan sebuah trak pikap berprestasi tinggi di Malaysia. Ia dipasang dengan ciri-ciri canggih seperti Terrain Management System, plet hentaman lebar untuk menahan impak dan sistem suspensi FOX Racing Shox.

Kedua-dua varian dan barisan Ranger yang lain didatang dengan waranti penuh oleh pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads
Back to top button