,
Artikel Pilihan

BERAPA KOS PENYELENGGARAAN TOYOTA GT 86?

Toyota GT 86 merupakan salah satu kereta sport kegemaran penulis kerana konsep pembangunan dihasilkan adalah 100% di Jepun dengan perkongsian teknologi antara Subaru (Toyota ada saham di sini ye, ehemmm) dan juga Toyota. Ia merupakan sebuah kereta sport 2+2

Maksudnya ia memuatkan 2 penumpang di bahagian depan dengan selesa dan 2 kerusi tambahan di bahagian belakang bagi memuatkan kawan-kawan yang liat nak bayar hutang. Sebab sesetengah negara mengenakan cukai yang tinggi jika ia hanya sebuah kereta sport 2 tempat duduk sahaja, sebab hanya orang kaya gila beli kereta sport 2 pintu. Alang-alang dah kaya sedap la kerajaan cas cukai

Toyota GT 86 dipasang di kilang Subaru di Gunma (belakang rumah Bunta Fujiwara) dengan 2 lencana samaada Subaru atau Toyota. Enjinnya dibekalkan oleh Subaru namun sistem suntikan bahan api D-4S yang memiliki sistem suntikan bahan api terus dan gabungan suntikan EFI dibekalkan oleh Toyota

Ia menghasilkan 197 kuasa kuda dan 205 Nm tork, angka yang biasa sahaja bagi sebuah kereta sport. Namun ia diberi pengendalian yang cukup hebat. Di bawah tangan pemandu yang cekap, Toyota GT 86 akan memberikan pengalaman yang luar biasa. UMW Toyota menghentikan penjualan model ini pada tahun 2018.

Disebabkan ramai yang meminta, jadi kami akan ulas kos penyelenggaraan Toyota GT 86. Anda boleh menyemak maklumat ini di laman sesawang UMW Toyota

1. Minyak enjin- lepas tengok maklumat yang didapati di laman web UMW Toyota, mengucap panjang penulis. Minyak pelincir yang digunakan oleh GT 86 boleh dipilih samaada mineral, semi sintetik ataupun sintetik penuh. Setiap kali servis GT 86 memerlukan 5 liter minyak pelincir dan kos bagi minyak mineral ialah RM 136.30. Lebih kurang dengan harga minyak pelincir Axia

Tapi anda boleh memilih untuk menggunakan minyak semi sintetik dengan harga RM 174.69. Bagi minyak sintetik penuh ada 2 pilihan yang diberikan samaada 5W-40 dengan harga RM 364.69. Satulagi pilihan minyak sintetik penuh ialah 0W-20 dengan harga RM 224.69

Untuk servis, GT 86 perlu menjalani penukaran minyak pada 1000km pertama, 5000km, dan 10,000km. Servis seterusnya dilakukan dalam sela 10,000km.

2. Penapis minyak pelincir – macam biasa, setiap kali tukar minyak enjin penapis minyak mesti ditukar dengan kos RM 61.80. Murah je kan

3. Gasket minyak hitam – perlu ditukar setiap kali plug minyak hitam dibuka dengan kos RM 2.70

4. Minyak brek – perlu ditukar pada setiap kali major servis iaiatu pada 40,000 km pada harga RM 31.00 sahaja.

5. Minyak Differential – disebabkan kuasa enjin dihantar pada tayar belakang, Toyota mencadangkan minyak differential ditukar dengan kos RM 349.00. Hmm lagi mahal dari minyak enjin. terdapat 2 plug gasket yang perlu ditukar dengan harga RM 7.40 bagi 2 unit

6. Minyak ATF – ataupun Automatic Transmission Fluid perlu ditukar dengan kos RM 220.20. Bagi varian manual, Toyota mencadangkan minyak transmisi manual ditukar dengan harga RM 72.00

7. Penapis udara – untuk menapis udara sebelum masuk ke enjin berharga RM 126.40 per unit. Perkara no 4, 5, 6, dan 7 perlu ditukar setiap 40,000km sekali.

8. Cecair penyejuk enjin – Toyota mencadangkan agar ia perlu ditukar pada setiap 210,000 km. Ini cadangan Toyota bukan penulis saja-saja reka ya. Terdapat 2 pilihan cecair penyejuk samaada berharga RM 106.50 atau RM 63.80

9. Palam Pencucuh – GT 86 menggunakan palam pencucuh dari logam Iridium yang perlu ditukar pada setiap 100,000km. Harganya iala RM 99.40 per unit ataupun RM 397.60

10. Tayar – Unit asal yang dipasang pada GT 86 ialah Michelin Primacy HP dengan saiz 215/45 R17. Semakan penulis di laman sesawang mendapati tayar ini dijual pada harga sekitar RM 328.00 per unit. Bagi Michelin Pilot Sport 4 ia datang dengan harga RM 415.00. Nak murah boleh pilih tayar Ding-Dang

11. Cukai Jalan – Dengan saiz enjin 2000cc, cukai jalan GT 86 ialah sekitar RM 379.00 setahun. Bagi insurans nilainya bergantung pada NCD anda.

Tags
Google ads
Back to top button