
BERAPAKAH KUASA KUDA PADA SEEKOR KUDA? KENA LA TEST DYNO BARU TAHU (VIDEO)
Kuasa kuda ataupun lebih kita kenali dengan singkatan ‘hp’ seolah-oalh matawang dalam dunia automobil. Kita gunakannya setiapa hari dan ia juga digunakan untuk membezakan sebuah supercar dan kereta kompak untuk kegunaan setiap hari. Prestasi dan ego pemandu juga diukur berdasarkan kuasa kuda kereta yang dimiliki.
Terma kuasa kuda atau hp ini mula diperkenalkan pada sekitar tahun 1700 oleh seorang pereka British bernama James Watt. Ia bertujuan untuk membandingkan kuasa enjin wap baharu rekaan beliau dengan kuasa seekor kuda yang digunakan untuk mengisar gandum di ladang. Watt membuat anggaran satu kuasa kuda mampu mengangkat berat sebanyak 250kg sejauh 300mm dalam masa 1 saat. Huh, dengar pun dah pening.
Masalahnya berapa hp boleh dihasilkan oleh seekor kuda? Tak siapa tahu lagi kan? Jadi team Donut Media meminjam seekor kuda dan ‘menambatnya’ pada mesin dyno untuk mengetahui jawapannya.

Untuk sesi ujian ini, Donut Media bergabung dengan firma kejuruteraan dari LA, Motivo untuk mengubahsuai sebuah Honda Civic yang akan digabungkan dengan mesin dyno untuk ujian ini. Mana boleh main letak je seekor kuda dekat mesin dyno yang digunakan untuk menguji kuasa kereta.
Kuda tersebut akan memusingkan roda dengan menarik gelendong kabel yang berada dalam ruang enjin dan dihubungkan dengan sistem transmisi kereta. Jurutera Motivo kemudian akan membuat pengiraan kehilangan trenkuasa sebelum bacaan kuasa kuda sebenar kuda tersebut diperolehi. Pening kan? Tengok je pautan video kat bawah ni.
Nak cerita satu-satu nanti tak saspen pula jadi baik korang tonton sendiri. Cuma pada kahir bahagian mereka berjaya menghasilkan 1.16 hp daripada kuda tersebut. Jadi kini kita tahu yang kuda tersebut mampu menghasilkan lebih dari 1hp. Mungkin ada kuda lain yang boleh menghasilkan angka yang lebih besar kot? Kena tengok pada spesis dan baka juga kot? Kalau kuda padi rasanya tak sampai 1hp ni. Habis tu kuda kepang macam mana pulak?
Kredit Donut Media






