Buletin

BERITA BAIK – HONDA CIVIC TYPE R DATANG DENGAN TRANSMISI MANUAL SAHAJA

Masih ingat dengan laporan Civic Type R akan datang dengan pilihan transmisi CVT? Mujur Honda Jepun menegaskan yang Type R akan kekal dengan transmisi manual sahaja. Tiada varian automatik, klac berkembar atau CVT.

Dalam laporan awal oleh Ketua jurutera Honda UK, Mitsuru Kariya; Ketua Pereka Bentuk, Daisuke Tsutamori dan orang  kuat Honda Eropah, Katsushi Inoue menyatakan kotak gear CVT akan hadir sebagai pilihan. CVT itu juga ditala untuk menawarkan pecutan low-end yang pantas.

BACA: APA? TYPE -R DENGAN TRANSMISI CVT?

BACA: EDISI TERAKHIR TYPE R BLACK EDITION

Penafian ini adalah berita gembira khususnya buat peminat kereta Civic lagenda ini. Sejak pelancaran model ini pada tahun lalu, ia dilihat sebagai Civic yang paling popular pengaruhnya setakat ini. Carian “Honda” juga mendapat capaian tertinggi pada tahun lepas dan sebahgaian besarnya disumbangkan oleh kata kunci Civic.

Honda Civic Type R akan diperkenalkan dalam tahun ini. Sebelum ini, Civic Type-R Prototype didedahkan kepada umum dalam acara Paris Motor Show 2016. Model paling garang, Civic X hatchback dijangka dikuasakan oleh unit enjin 2.0 VTEC Turbo.

Untuk rekod, enjin K20C1 yang digunakan pada jentera Civic Type-R sebelum ini mampu menghasilkan kuasa minimum 310PS dan torn 400Nm dan sudah pastinya prestasi Civic Type R baru ini akan jadi penanda aras baru bagi era kereta sports pacuan roda hadapan.

 

Google ads
Back to top button