
PEMILIK LAMBORGHINI HURACAN TIDAK BOLEH TERIMA HAKIKAT KALAH KEPADA NISSAN SKYLINE R32
Satu klip video di laman YouTube baru-baru ini mendapat perhatian pengguna. Video yang didakwa dirakam di litar Queensland Raceway, Australia itu memaparkan perlumbaan di antara sebuah Lamborghini Huracan dengan Nissan Skyline R32.
Dari awal boleh dilihat pemandu Lamborghini tu eksyen betul. Yakin boleh menang. Dia tak sedar pula Nissan Skyline R32 itu sudah diubah suai secara ekstrem dan mampu mencecah kuasa 800hp.
Dipendekkan cerita, selepas satu pusingan, Huracan itu ditinggal jauh. Sampai sahaja semula ke pit, pemandu Huracan tersebut mula mengamuk dan mendakwa pemandu Skyline tu main tipu.
BACA: NISSAN SKYLINE GT-R – LAGENDA YANG MENGUBAH DUNIA
Kekalahan itu mencetuskan pergaduhan kerana kereta yang kalah perlu membayar wang pertaruhan sebanyak AUD$9,000 (RM30,223). Banyak jugak tu.
Sedia maklum bahawa Huracan dalam bentuk stok itu mempunyai kuasa 610PS dan mampu mencatat kelajuan 100km/j dalam masa cuma 3.2 saat.
Membaca komen-komen di laman YouTube, ramai yang beranggapan video tersebut direka-reka. Ntah lah, kalau betul pun dibuat-buat, memang ada jer orang yang tak boleh terima hakikat. Ye dak?
kredit video/foto: 1320 video