Buletin

BERMAZ AUTO UMUM PEMENANG ‘CATCH THE ALLURING PEUGEOT 9X8 AT BAHRAIN’

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan pemenang bagi kempen ‘Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain’.

Kempen berkenaan telah diadakan dari 1 Mei hingga 31 Ogos lalu menyaksikan pemenang bertuah, Jason Choong Zheng Xin berjaya memenangi perjalanan berbayar untuk dua orang bagi menyaksikan perlumbaan ketahanan 8 jam, Bahrain World Endurance Championship 2023 pada 4 November 2023.

“Kami gembira dengan sambutan kempen ‘Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain’,” kata Ketua Jualan Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, Michael Chen.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang bertuah dan terima kasih atas sokongan anda.”

“Kempen ini sebahagian daripada objektif kami untuk berkongsi pengalaman jenama eksklusif membeli Peugeot serta warisannya di dalam sukan permotoran.”

Mengenai ‘Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain’, pelanggan yang membeli dan mendaftar mana-mana model Peugeot terpilih seperti Peugeot 2008, Peugeot 3008, Peugeot 5008 serta Peugeot Landtrek, berpeluang menyertai kempen tersebut dengan hanya menyerahkan slogan kreatif.

Google ads
Back to top button