
BETUL KE BATERI 12V LEMAU, ENJIN PUN LEMAH?
Sekiranya anda perasan, sekiranya bateri 12v anda menjadi semakin lemah pada penghujung hayatnya terdapat perubahan yang akan dialami oleh prestasi kereta anda terutama dari segi pecutan
Sebenarnya memang ramai pemandu tidak perasan tapi sebenarnya bateri 12V yang lemah boleh beri kesan langsung pada prestasi kereta, termasuk rasa “lemau” masa memecut dan kesan ini sangat ketara pada kereta moden yang penuh dengan kawalan elektronik.
Salah satu sebab kenapa fenomena ini berlaku ialah ECU enjin dan sistem kawalan elektronik yang lain tidak menerima voltan yang mencukupi apabila bateri menjadi semakin lemah. Kereta moden bergantung 100% pada sistem elektrik dan komputer (ECU) untuk mengawal perkakasan elektronik
Antaranya ialah pendikit elektronik (throttle-by-wire), sistem suntikan bahan api (fuel injection timing), kawalan transmisi, operasi boost turbo, sensor MAF, O2, sensor knocking, sistem dual- VVTi dan lain-lain lagi sistem bantuan
Sekiranya bateri 12V menjadi lemah seperti bacaan menunjukkan 12.2V dalam keadaan melahu (atau bawah 10V ketika enjin dihidupkan, maka ECU gagal mendapat bacaan tepat dari sensor, voltan pada throttle actuator pun tidak kuat, sistem VVT mungkin off atau fallback ke “safe mode”, turbo tidak boost penuh disebabkan sebab sensor tekanan tak cukup bacaan stabil
Hasilnya repson enjin terasa berat, pecutan enjin menjadi lemah, RPM enjin lambat naik, gear automatik lambat bertukar dan RPM enjin dalam keadaan melahu menjadi kurang stabil. Malah dalam sesetengah keadaan, operasi audio menjadi kuat dan perlahan secara tiba-tiba
Jadi sekiranya kereta anda sudah menunjukkan semua tanda-tanda di atas, maka adalah lebih baik untuk anda menukar bateri 12V kereta anda dengan kadar segera sebelum anda tersadai di mana-mana kawasan yang sukar untuk mendapat bantuan