Artikel Pilihan

BETUL KE PERMUKAAN JALAN SEBENARNYA TIDAK RATA DAN SENGET SEBELAH?

Eh betul ke kenyataan di atas? Ini kerana jika anda memandu di dalam kereta, anda akan dapati permukaan jalan nampak seperti rata dan normal bukannya senget sebelah seperti yang didakwa oleh penulis. Takkan kontraktor JKR tersilap turap sampai senget sebelah kan.

Tapi jika anda ada masa, cuba anda berjalan kaki sejauh 400 ke 500 meter dan perhatikan permukaan jalan dengan betul-betul di beberapa lokasi yang berbeza terutama di jalan lurus pada hari hujan atau selepas hujan.

Untuk di jalan lurus terutama di jalan persekutuan 1 lorong, anda akan dapati bahawa bahawa permukaan jalan di bahagian tengah iaitu di bahagian garis putus-putus akan lebih tinggi berbanding daripada bahagian tepi atau kiri jalan. Ini bermakna kereta sebelah pemandu akan sentiasa lebih tinggi dari penumpang

Tujuan utama bahagian tengah jalan dibuat lebih tinggi berbanding daripada bahagian tepi ialah bagi membenarkan air hujan yang turun pada permukaan jalan mengalir keluar ke bahagian tepi jalan dan seterusnya ke longkang atau sistem pengairan.

Ciri ini merupakan ciri keselamatan khas bagi mengelakkan air bertakung di permukaan jalan dan seterusnya menyebabkan fenomena aquaplaning. Sudut yang dihasilkan adalah bergantung kepada 2 faktor samaada kekerapan hujan di kawasan tersebut dan jenis permukaan jalan yang dibuat

Jika kawasan tersebut mengalami fenomena hujan lebat dan dibina dengan permukaan tanah, maka sudut yang perlu dibuat ialah sehingga 4% dan dikurangkan menjadi 3% sekiranya kawasan tersebut kurang mengalami fenomena hujan

Bagi permukaan jalan berturap dengan simen konkrit ataupun bitumen, sudut ini ditetapkan pada 2% bagi kawasan yang mengalami hujan lebat dan dikurangkan menjadi 1.7% untuk kawasan yang kurang mengalami hujan lebat

Walaupun berguna bagi mengelakkan air bertakung, perubahan sudut permukaan jalan ini sebenarnya menyebabkan masalah sampingan lain seperti air mudah bertakung di bahagian kiri atau tepi jalan dan bahagian kiri ini mudah mengalami kerosakan akibat mudah ditenggelami air

Google ads
Back to top button