Buletin

BHPETROL TERLIBAT DALAM SKDS 2.0, JEMPUT SYARIKAT PENGANGKUTAN DARAT DAN BARANGAN UNTUK MENDAFTAR

BHPetrol baru-baru ini telah menghadiri dan menyertai Majlis Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertempat di Kawasan Rehat Klang Utara, Lebuhraya Baru Selat Klang, Selangor.

Sebanyak 15 syarikat pengangkutan darat turut hadir bersama wakil syarikat minyak untuk menerima serahan Fleet Card SKDS 2.0 oleh Yang Berhormat Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri KPDN.  

Ini melibatkan pelbagai jenis kenderaan seperti Lori Rigid- Kargo Am, Lori Rigid Luton/Kotak, Panel Van, Lori Rigid Refrigerated dan Penggerak Utama.

Untuk rekod, sehingga 22 Mei 2024, sejumlah 28 ribu syarikat pengangkutan darat telah mendaftar dan mendapat kelulusan dalam pelaksanaan SKDS 2.0 secara keseluruhan.

Manakala, pengeluaran fleet card oleh lima syarikat minyak utama kepada syarikat pengangkutan yang layak, mencecah hampir 90 ribu sejak pengumuman dibuat oleh pihak KPDN pada 7 Mac 2024.

Sehingga hari ini, pihak KPDN akan terus membuka permohonan kepada semua jenis pengangkutan awam darat dan barangan yang layak membuat permohonan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Kriteria-kriteria permohonan yang perlu dipenuhi oleh pihak syarikat adalah seperti berikut:

  1. syarikat hendaklah berdaftar perniagaan di Malaysia;
  2. kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah dan berkuatkuasa; dan
  3. kenderaan yang layak di bawah SKDS 2.0 sahaja.

Syarikat yang berjaya mendapat kelulusan di bawah SKDS 2.0 boleh membuat permohonan fleet card melalui syarikat minyak pilihan seperti BHPetrol. 

Pihak BHPetrol amat mengalu-alukan dan ingin menjemput syarikat pengangkutan darat dan barangan yang layak untuk segera mendaftar serta menyertai fleet card SKDS 2.0 bersama BHPetrol.

Layari pautan https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/ untuk mendaftar selepas menerima kelulusan daripada KPDN.

Istimewanya, BHPetrol ialah syarikat GLIC merupakan anak syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), membawa agenda nasional dalam memberi dividen kepada warga tentera di Malaysia.

Pusat Panggilan BHPetrol boleh dihubungi dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk syarikat pengangkutan darat dan barangan yang ingin mendapatkan khidmat bantuan dan maklumat mengenai pendaftaran fleet card SKDS 2.0.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SKDS 2.0, anda boleh menghubungi talian 03- 7719 9499 atau e-mel xfleet@bhpetrol.com.my.

Google ads
Back to top button