
NISSAN QASHQAI DI UNITED KINGDOM- TERUS MENDAPAT SAMBUTAN SEMENJAK 18 TAHUN LEPAS
Hampir 18 tahun yang lalu Nissan Qashqai pertama kalinya telah dilancarkan melalui kilang pengeluarannya Sunderland, UK, yang kemudiannya terus mencipta rekod sebagai model yang cukup popular dan diminati ramai dengan mencatatkan rekod pengeluaran sehingga empat juga unit sehingga kini.
Dan kini pada tahun 2024, lebih daripada empat juta pelanggan meliputi 100 buah Nissan Qashqwai ini merupakan model yang cukup laku rekod jualannya yang pernah ada di UK. Kini model SUV tersebut sekali lagi telah diberikan naik taraf dengan reka bentuk yang lebih berani serta diberikan teknologi moden bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini.

Nissan Qashqai baharu ini dibekalkan dengan sistem e-POWER unik milik Nissan, kini dalam proses pengeluaran secara massa di kilang yang terletak di Sunderland menjelang ketibaannya dalam beberapa minggu akan datang kepada pengedar Nissan di seluruh Eropah. Dengan kerja – kerja penambah baik yang dibuat ini memerlukan pelaburan baharu £30 juta (RM179 juta) di kilang tersebut berdasarkan jumlah pelaburan Nissan di UK sebanyak £6 bilion (RM36 bilion).
Kehadiran Nissan Qashqai serba baharu ini dilihat tepat ketika Nissan terus membangunkan visi EV36Zero di Sunderland, pelan tindakan untuk masa hadapan pembuatan automotif, menghimpunkan pembuatan kenderaan elektrik dan pengeluaran bateri yang dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui.

Direka bentuk, kejuruteraan dan dibina di Britain, Nissan Qashqai generasi pertama dihasilkan di Sunderland menjelang akhir tahun 2006, menjelang pelancarannya pada tahun 2007. Populariti yang diraih cukup menakjubkan dengan menyaksikan pengeluaran di Sunderland merekodkan volum tahunan tertinggi dalam sejarah industri kereta UK. Malah NIssan Qashqai ini menjadi kereta terpantas yang dibina di UK untuk mencapai 1 juta, 2 juta, 3 juta dan kemudian 4 juta unit pengeluaran secara keseluruhan.
Untuk rekod, kilang pemasangan di Sunderland juga menempatkan Nissan JUKE dan Nissan LEAF, di mana pengeluaran memberikan peluang tenaga kerja 7,000 individu dalam pasukan Nissan di UK. Itu termasuk Pusat Reka Bentuk Nissan di Paddington, London, Pusat Teknikal di Cranfield, Bedfordshire, pasukan pembuatan di Sunderland, pusat alat ganti di Lutterworth dan pasukan jualan dan pemasaran di Rickmansworth, serta 30,000 pekerjaan lagi dalam rantaian bekalan Nissan di UK.
BACA : NISSAN DEDAH MODEL QASHQAI e-POWER ‘KURO EDITION’, 156HP, HARGA BERMULA RM212K
BACA : ADAKAH INI KEMAJUAN? ENJIN KECIL 1.3 UNTUK NISSAN QASHQAI







