Artikel Pilihan

BICARA TEKNIKAL: SUPERCAJ

Kalau ada orang bertanya pada penulis mengenai perbandingan antara supercaj dan turbocar, secara teknikal kedua-dua komponen berfungsi untuk memaksa udara masuk ke dalam sistem ambilan udara. Namun perbezaannya ialah bagaimana kedua-dua sistem bekerja dan dikuasakan. Prinsip asas kepada supercaj ialah untuk menambah kandungan udara yang masuk ke dalam enjin, semakin banyak udara semakin banyak petrol yang boleh dicampur.

Semakin banyak udara dan bahan api terbakar, semakin kuat letupan dan tork yang akan terhasil pada flywheel nanti. Secara teknikal konsep ini juga digunakan oleh turbo dan turbo juga dikenali dengan nama turbosupercaj. Tapi disebabkan ia terlalu banyak huruf, maka ia hanya disebut sebagai turbo sahaja. Anda boleh baca artikel turbo di pautan INI.

Sama seperti aplikasi turbo, supercaj dibangunkan untuk kegunaan industri perlombongan pada awalnya sebelum Gottlieb Daimler mempatenkan rekaan supercaj bagi kegunaan automotif yang dipasarkan pada tahun 1923 dengan jenama kompressor. Malah teknologi ini mula digunakan oleh Bently bagi memenangi perlumbaan Le Mans pada tahun 1928

Gambar di atas menunjukkan sistem supercaj secara ringkas yang terdiri daripada:

Drive pulley- atau takal yang akan disambungkan pada enjin melalui tali sawat. Sesetngah supercaj menggunakan sistem gear untuk menggerakkan rotor. Suprcaj akan menerima kuasa dari enjin secara langsung dan ia akan bersifat parasitic load

Phasing Gear – gear untuk mengubah halaju rotor berputar

Rotor – terdiri daripada sepasang besi dengan rekaan seperti skru dengan 3 atau 4 bilah. Udara akan terperangkap apabila bilah rotor ini berputar

Sistem ini beroperasi secara terus dengan input pedal daripada pemandu. Sebaik sahaja pemandu menekan pedal minyak, enjin akan berputar dengan lebih laju. Berbanding dengan turbo yang dijana oleh gas ekzos di mana ia memerlukan tekanan gas dan mengambil sedikit masa untuk berputar, supercaj akan diputar terus dengan bantuan tali sawat. Putaran rotor akan berkala terus dengan RPM enjin

Dalam rekaan Supercaj Rotor berkembar, kedua dua rotor adalah tidak sama antara satu sama lain yang digelar male dan female. Rekaan male lebih besar dan female lebih kecil. Apabila berputar, rotor male akan bercantum dalam rotor female. Udara ini akan dimampatkan di dalam rotor semasa rotor berputar. Udara dengan tekanan tinggi ini akan dibebaskan di bahagian bawah supercaj, memasuki sistem penyejukan untuk menurunkan suhu dan dipaksa masuk di dalam silinder.

Sebaik sahaja pasangan rotor ini berputar, ia akan menyedut udara dan menghantarnya terus ke intake manifold dalam keadaan tekanan yang tinggi. Udara dalam keadaan tekanan tinggi ini biasanya memiliki suhu yang tinggi disebabkan molekul udara berlanggar antara satu sama lain. Jadi sama seperti turbo, supercaj perlu dipasang dengan sistem penyejukan bagi menyejukkan udara tadi sebelum dihantar ke silinder.

Sama seperti turbo, sistem ini menerima kritikan kerana ia kurang berkesan pada RPM enjin yang rendah. Ia memerlukan sedikit masa sebaik sahaja pedal ditekan bagi menghasilkan tekanan udara yang cukup pada enjin. Jadi mereka membangunkan teknologi positive displacement supercharger yang secara efektif mampu mengahsilkan tekanan yang cukup pada mana-mana RPM enjin.

Antara kelebihan sistem Supercaj berbanding dengan turbocaj ialah kerana ia lebih reponsif berbanding dengan turbocaj kerana sistem supercaj dijana secara mekanikal oleh tali sawat. Kuasa yang dihasilkan oleh sistem supercaj terasa lebih linear dan komunikasi antara pemandu, pedal minyak dan respon enjin ibarat arahan isteri menyuruh suami menyidai kain. Tekan saja, maka kuasa akan hadir secukupnya selaras dengan tekanan pedal

Dari segi penjagaan, sistem supercaj tidak memerlukan sebarang pelinciran tambahan atau sebarang spesifikasi minyak enjin yang istimewa. Dalam operasi turbo, minyak enjin akan digunakan untuk memastikan turbo syaf berputar sehingga 120,000 RPM dengan licin. Suhu sistem turbo pula yang tinggi akan menyebabkan minyak enjin akan cepat mengalami penurunan kualiti dan perlu ditukar dengan kerap. Jadi tidakl hairanlah sesetengah kereta turbo dilengkapi sistem amaran untuk menukar minyak enjin apabila kelikatan minyak mula berubah

Namun kelemahan supercaj terletak pada cara rotornya beroperasi iaitu dengan menggunakan kuasa enjin yang disambung melalui tali sawat. Sistem ini bersifat parasitic load dalam usaha untuk menjana lebih kuasa. Namun disebabkan kuasa tambahan yang dijana melebihi kuasa yang hilang, maka ia boleh dianggap sebagai trade-off yang boleh diterima. Namun jika dibandingkan dengan kecekapan sistem turbo, ia masih jauh ketinggalan

Kelemahan kedua ialah sama seperti sistem turbo, operasi supercaj akan menghasilkan haba yang perlu disejukkan melalui intercooler. Sistem ini akan dipasang pada bahagian atas enjin bersama-sama dengan supercaj menjadikan enjin agak tinggi dan tidak seimbang dari segi pusat graviti

Google ads
Back to top button