Buletin

KES CURI CATALYTIC CONVERTER NAIK 10 KALI GANDA DI UK. KOS BAIKI BOLEH CECAH RM16K!

Masalah kecurian pengubah bermangkin (catalytic converters) pada kenderaan dilapor meningkat sebanyak 10 kali ganda pada tahun ini di United Kingdom.

Pencuri sanggup menggergaji komponen tersebut pada kereta yang diparkir tanpa mengira waktu kerana mereka boleh menjual logam berharga daripadanya.

Catalytic converter direka untuk mengurangkan pencemaran daripada enjin kereta dengan cara menukar gas-gas berbahaya menjadi wap air menerusi maklum balas kimia.

Peranti itu diperbuat daripada logam mahal seperti palladium, rhodium dan platinum. Sebaik sahaja dibuka, ia boleh dijual di laman web lelongan pada harga yang tinggi.

Pencuri yang lebih mahir akan membuka skru peranti itu. Manakala pencuri yang malas terus menggergaji sistem ekzos, seterusnya menyebabkan kerosakan serius. Kadang-kala menyebabkan seluruh sistem ekzos itu terpaksa diganti.  

Jumlah tuntutan insurans daripada mangsa dilihat naik mendadak. Menurut penyedia insurans AA, tuntutan pada Januari tahun ialah ialah lapan kenderaan. Tetapi angka itu menjadi 79 buah kenderaan pada Oktober 2019.

Kerosakan akibat perbuatan pencuri itu juga membuatkan mereka terpaksa menanggung kos pembaikan sehingga £3,000 (RM16,000). Malah ada pemilik kereta yang catalytic converters mereka dicuri lebih sekali.

Tempoh untuk mendapatkan komponen tersebut dan membaiki kenderaan juga semakin lama.

“Peningkatan mendadak jenayah ini pada 2019 ialah sesuatu yang kami tidak pernah sangka. Ia memberi kesan kepada usaha kami untuk menyediakan komponen itu dalam tempoh yang sewajarnya. Kami mohon maaf  di atas kesulitan ini,” kata Toyota.

Toyota dilapor telah mengambil langkah segera dengan para pengedarnya untuk menyelesaikan masalah itu. Sebagai contoh, pembekalnya, Auris meningkatkan syif pengeluaran daripada satu kepada tiga.

Semua kereta yang dihasilkan mulai tahun 1993 perlu dipasang dengan catalytic converter. Justeru, jumlah kenderaan yang memiliki komponen itu sebenarnya sangat tinggi.

Google ads
Back to top button