Artikel Pilihan

BILAKAH SISTEM AMARAN & BREK PRA PERLANGGARAN BOLEH DITUTUP?

Sistem amaran pra perlanggaran dan brek pra-perlanggaran atau sebutan lain AEB (Automatic Emergency Braking) adalah salah satu sistem yang akan memberi amaran dan membrek secara automatik. Berdasarakan input kamera dan radar sistem akan menentukan bila brek kecemasan patut digunakan jika pemandu menjadi leka.

Disebabkan keberkesanan sistem ini, ia menjadi peralatan wajib bagi mendapatkan pengiktirafan 5 bintang Asean NCAP. Sesetengah sistem AEB membenarkan pemandu mengubah jarak AEB mula diaktifkan samaada jauh, pertengahan dan juga dekat bergantung pada jenama kereta.

Apa yang pasti semua kereta yang dilengkapi AEB disediakan dengan satu butang bagi anda mematikan fungsi AEB ini. Sistem AEB ini boleh dimatikan dalam situasi berikut disebabkan AEB tidak dapat beroperasi dengan sempurna yang mungkin menyebabkan berlakunya risiko kemalangan:

1. Bila kenderaan sedang ditunda

2. Bila kenderaan anda sedang menunda kenderaan lain

3. Bila kenderaan anda sedang diangkut oleh kenderaan lain seperti feri, keretapi atau lori

4. Bila kereta diangkat naik dengan menggunkan mesin angkat ( scissor hoist, single pole hoist) dan tayar boleh berputar dengan bebas untuk tujuan pemeriksaan

5. Bila kereta diuji di atas dynamometer untuk ujian laju dan kuasa enjin

6. Bila kenderaan perlu dipandu tapi tidak berada dalam keadaan sempurna contohnya baru lepas mengalami kemalangan tapi masih boleh bergerak

7. Bila kenderaan dipandu uji dengan keadaan agresif untuk berlumba atau menguji kelajuan

8. Bila tayar ganti atau tayar sementara yang lebih kecil dipasang setelah pancit

9. Bagi negara bersalji, sistem ini mesti dimatikan bila rantai tayar digunakan

Apabila butang ini ditekan, sistem akan mematikan sistem AEB buat sementara waktu dan mesej atau isyarat bahawa sistem AEB telah dimatikan akan dipaparkan pada paparan meter. Bagi mengaktifkan semula, anda hanya perlu tekan balik butang ini dan sistem akan kembali aktif

Sesetengah kereta akan memastikan sistem ini kembali aktif secara automatik sebaik sahaja enjin dihidupkan semula.

Google ads
Back to top button