ROYAL ENFIELD BUKA KILANG CKD DI THAILAND. HASILKAN HIMALAYA, INTERCEPTOR & CONTINENTAL GT 50
Pada November 2020, Royal Enfield mengumumkan pelan untuk membuka kilang di Thailand. Kilang itu bukan sahaja akan memenuhi permintaan pasaran tempatan malah rantau Asia Tenggara.
Walaupun jualan motosikal di Thailand sedikit menurun tahun lalu, motosikal dengan enjin bersesaran sederhana dan besar bagaimanapun naik sebanyak dua peratus.
Pada 25 November lalu, rancangan itu nampaknya dapat direalisasikan. Model baharu Royal Enfield akan dibangunkan dengan kerjasama syarikat motosikal Thailand, GPX yang memang terkenal dengan model-model motosikal kecil.
Kemudahan baharu itu terletak di Chachoengsao, timur Bangkok, sama seperti ibu pejabat GPX. Royal Enfield merancang untuk menghantar kit CKD ke kilang tersebut, sebelum dipasang dan diedarkan ke negara-negara jiran.
Sebagai permulaan, kilang itu akan menghasilkan model Himalaya, Interceptor dan Continental GT 650.
“Royal Enfield bekerja keras untuk mengembangkan segmen saiz sederhana di peringkat global. Dengan perancangan strategik dan memenuhi permintaan yang ada, kami berjaya membina kilang pemasangan tempatan bermula di Argentina pada tahun 2020 dan Colombia awal tahun ini.
“Kami gembira untuk mengumumkan operasi CKD di Thailand. Ia menjadi bukti komitmen kami ke atas potensi rantau ini,” kata Pengarah Eksekutif Royal Enfield, Royal Enfield.