Buletin

BILIK PAMERAN NISSAN MULA BEROPERASI PADA 20 OGOS 2021

Selari dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan 11 ekonomi kembali beroperasi, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan kebanyakan bilik pameran Nissan akan mula dibuka pada 20 Ogos 2021 (Jumaat). 

Beberapa bilik pameran pula mula dibuka pada 23 Ogos (sila rujuk jadual di bawah). Manakala semua bilik pameran di Kedah Melaka dan Johor masih belum dapat beroperasi. 

ETCM menegaskan bahawa pihaknya akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat demi memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan. Hanya kakitangan yang sudah lengkap menerima vaksin dibenarkan bertugas di bilik pameran. 

Mereka juga perlu memakai pelitup muka dan sentiasa memeriksa suhu badan. Proses disinfeksi akan dilakukan ke atas kereta pameran dan pandu uji dengan kerap. 

Pelanggan diminta mematuhi SOP apabila masuk ke dalam premis. Mereka mestilah sudah menerima dua dos vaksin dan melalui tempoh inkubasi, suhu badan di bawah 37.5°C dan memakai pelitup muka.      

Google ads
Back to top button