Motosikal

BIMS 2017: BARU BELI HONDA MSX-125? INI IDEA CUSTOM UNTUK ANDA!

 

Tidak dapat dinafikan, scene modifikasi motosikal di Thailand memang meriah. Malah, boleh dikatakan bahawa alat ganti untuk tujuan tersebut boleh didapati dengan mudah di sana.

Cuma tinggal, motosikal apa yang hendak dimodifikasi. Dikecilkan skop tersebut, antara model yang sering dijadikan kanvas untuk modifikasi ialah jentera kompak Honda MSX-125. Sedia maklum bahawa MSX-125 sudah lama ditawarkan di Thailand, jadi barang-barang aftermarket memang berlambak.

Di Malaysia, Boon Siew Honda memperkenalkan MSX-125 pada Disember 2016. Harganya ialah RM11,128 seunit. Ya, memang tidak murah untuk motosikal sekecil ini. Tetapi, jangan pandang sebelah mata. Motosikal kompak ini mempunyai potensi modifikasi yang sangat luas. Bak kata orang: sky’s the limit.

Jadi, jika anda baru membeli atau bercadang memiliki MSX-125 dan tidak ada idea untuk melakukan modifikasi, jangan bimbang. Kami sempat merakam gambar MSX-125 yang sudah siap diubah suai ketika berada di acara Bangkok International Motor Show (BIMS) 2017 baru-baru ini.

Tiga unit MSX-125 dipamerkan dengan konsep berbeza. Ada yang mengambil inspirasi sebuah café racer, lebih funky dengan gabungan warna macam pelangi dan sebuah lagi mengambil pendekatan sederhana.

Tiada langsung maklumat diberikan. Tetapi, jika anda lihat daripada gambar ini, modifikasi yang diterima memang ekstensif. Tetapi, apa yang pasti hampir semua komponen telah ditukar.

Daripada tayar, lampu hadapan, lampu belakang, tempat duduk, penutup enjin, meter, suspensi, ekzos, enjin, rim dan…. Semua lah!  Saya paling minat dengan model macam café racer. Kalau nak buat, harganya mau dua tiga kali ganda daripada harga asal motosikal ini.

Untuk makluman, MSX125 ialah model global untuk kategori fun bike / mini bike daripada Honda. Biarpun bersaiz kecil, ia nyata mengejutkan pasaran menerusi curahan teknologi daripada jentera Honda yang lebih besar.

MSX-125 menggunakan khidmat enjin satu selinder 4 lejang bersesaran 125cc bersaiz penuh seperti yang dipasang pada motosikal biasa. Menggunakan sistem pancitan bahan api PGMF1, enjin tersebut dipadankan dengan kotak empat kelajuan dan sistem klac hidup.

Sesiapa yang pernah menunggang motosikal ini, pasti mengakui bahawa MSX-125 memang menawarkan kualiti tunggangan mengujakan. Dengan semua bentuk modifikasi ini, ia pasti dapat menonjolkan lagi personaliti anda.

BACA: YANG DINANTI TELAH TIBA, BOON SIEW HONDA LANCAR HONDA MSX-125, RM11,128

BACA: BENELLI TNT135 DILANCARKAN – FUN BIKE DENGAN STATUS EEV, RM7,990 

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button