Buletin

HONDA CITY FACELIFT SUDAH BOLEH DITEMPAH SEKARANG

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk model terlarisnya, Honda City facelift sudah dibuka mulai hari ini di semua 88 pengedar sah Honda di seluruh negara.

City generasi keempat yang telah ditambah baik ini menjadi peneraju segmen B apabila lebih 100,000 unit berjaya dijual sejak dilancarkan pada Mac 2014. Sedan itu menjadi pilihan kerana ia menggabungkan aspek penjimatan, ruang kabin luas, reka bentuk moden dan boleh dipercayai.

City facelift masih mengekalkan enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT, dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda.

BACA: HONDA CITY – KERETA BANDAR IDEAL

Antara penambahbaikan yang diterima ialah rim aloi dua tona. Varian V turut menerima lampu utama, lampu nyalaan siang(DRL) dan lampu kabus hadapan LED. Di bahagian belakang, ia dipasang dengan Duck Tail Spoiler, lengkap bersama lampu brek LED. Di samping lampu belakang LED dan kamera undur multi sudut yang meningkatkan lagi praktikaliti sedan itu.

Bukan itu sahaja, semua varian City facelift juga akan dilengkapi butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar. Dari segi keselamatan pula, City hadir bersama ciri Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan Emergency Stop Signal (ESS) yang hadir sebagai ciri standard. Varian V dipasang dengan enam beg udara.

BACA: HONDA CITY HATCHBACK – UNTUK PASARAN CHINA SAHAJA

City mempunyai ruang kargo paling besar dalam kelasnya iaitu 536L. Sekali gus menjadikannya sedan terbaik untuk pulang ke kampong atau pergi bercuti.

Dengan membuat tempahan sekarang, anda boleh menjadi antara pemilik terawal City facelift yang bakal dilancarkan secara rasmi pada suku pertama tahun ini.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.honda.com.my  atau hubungi talian tol percuma: 1-800-88-2020

Google ads
Back to top button