" "
Artikel Pilihan

BMW 8 SERIES E31 – INILAH DIA PENDAHULU KEPADA MODEL G15

Model BMW 8 Series ini barangkali memang kurang digemari oleh para peminat di serata dunia. Entah mengapa tiada siapa mengetahuinya. Namun inilah dia generasi pertama 8 Series dengan kod nama E31.

Asalnya, model generasi pertama ini telah mula dirancang pembuatannya sedari tahun 1984 lagi sebelum rekaan akhir diputuskan pada tahun 1986. Namun kerja kerja produksinya hanya bermula pada tahun 1990 sementelah ianya mula dipertontonkan kepada umum ketika Frankfurt Motor Show tahun 1989.

Rekaan BMW 8 Series generasi pertama ini adalah berdasarkan grand tourer coupe bagi menggantikan model BMW 6 Series (E24) yang tamat produksinya pada tahun 1989. Dan rekaannya dilihat agak menyerlah dengan penggunaan lampu utama jenis pop-up.

Itu belum lagi reka bentuk luaran yang dilihat cukup menyerlah dan bergaya dengan mengilhamkan bentuk baji, lari daripada tipikal rekaan BMW di kala itu.

Sebagai sebuah model yang dianggap moden dan premium, sudah tentu ciri baharu telah diperkenalkan seperti sistem tali pinggang yang disepadukan ke dalam tempat duduk, kedudukan stereng boleh laras secara elektrik dengan fungsi memori, cermin pandang belakang yang malap secara automatik, pengunci pusat kawalan jauh serta cip komputer berprestasi tinggi.

Sebagai sebuah model yang sporty dan berprestasi tinggi, trenkuasa yang dipilih sudah semestinya berkuasa. Enjin 5.0 liter V12 telah dipilih (varian awal menggunakan enjin 4.0 liter V8) yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 300 HP dan 450 Nm. Pilihan kotak gear manual enam kelajuan atau pun kotak gear auto empat kelajuan juga boleh dipilih pembeli ketika itu.

Kemudiannya pilihan trenkuasa yang lebih besar dan bertenaga (enjin 5.6 liter) turut ditawarkan kepada pembeli yang inginkan lebih kuasa terhadap model yang cukup sporty ini.

Selain daripada varian 850CSi, varian 840Ci turut ditawarkan kepada pembeli. Namun disebalik rupa bentuk yang dianggap menawan dan serta mempunyai pakej yang menarik namun akhirnya produki BMW 8 Series ini tamat pada tahun 1999 disebabkan jumlah tempahan yang semakin menurun.

Namun sejumlah 30,621 unit telah terjual dengan hanya sejumlah unit yang kecil sahaja dikeluarkan dengan kotak gear manual, bagi yang inginkan sebuah kereta sport coupe sebenar.

Setelah lama menghilang, BMW memutuskan untuk kembali menghidupkan semula legasi 8 Series mereka dengan pengenalan generasi kedua bermula tahun 2018 sehingga ke hari ini.

BACA : BMW 2002 TURBO – INI BARULAH BETUL BETUL RARE

BACA : BMW 8 SERIES HERITAGE EDITION MASUK AUSTRALIA. TERHAD 9 UNIT, HARGA BERMULA RM588K

Google ads

B K

Back to top button