Artikel Pilihan

SPEEDBACK GT – NAMPAK MACAM KERETA SPORT KLASIK. TAPI BETULKAH?

Nah, sekali tengok nampak macam sebuah kereta sport klasik bukan? Tapi kereta apakah ini? Aston Martin kah? Jaguar kah? Tapi macam bukan? Justeru itu kereta apakah ini sebenarnya?

Speedback GT ini adalah merupakan Grand Tourer yang direka bentuk sepenuhnya, terbukti dan dibina oleh pembuat, mengambil inspirasi daripada ikon tahun 60an. Speedback GT mengambil masa lebih 8,000 jam untuk dibina dengan menggunakan tangan secara teliti oleh artisan pembina serta juruteknik mahir di Great Britain.

Speedback GT ini telah dibina oleh pembuat kereta indie, David Brown Automotive bermula tahun 2014 sehingga kini. Jadi untuk yang masih keliru, model Speedback GT ini dibina berdasarkan model Jaguar XKR.

Jelas sekali perubahan pada bahagian lampu utama telah diganti bagi menghilangkan identiti Jaguar. Begitu juga dengan rupa bahagian belakang. Cuma kalau diperhati secara teliti, jelas kepanjangan kereta ini ada mempunyai ciri – ciri seperti model asal.

Dan kalau diperhatikan dengan teliti sekali lagi, ianya ada menyerupai sedikit sebuah model Aston Martin DB5. Orang yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk model Speedback GT ini adalah Alan Mobberley selaku Ketua Pereka yang juga mantan Ketua Pereka untuk Land Rover.

Menggerakkan Speedback GT ini adalah enjin daripada 5.0 liter Supercharged V8 yang mampu menghasilkan kuasa 510 HP dan 625 Nm yang digandingkan dengan kotak gear auto enam kelajuan. Ianya mampu memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j dalam tempoh 4.6 saat serta berupaya mencatatkan kelajuan maksimum 250 km/j.

Diantara ciri menarik yang ada pada model ini adalah, ianya akan disiapkan melalui tempahan secara kustom oleh pelanggan mengikut citarasa tersendiri terutamanya membabitkan kemasan di dalam kabin. Daripada kemasan kayu sehinggalah ke balutan kulit tempat duduk, ianya boleh dipilih pelanggan.

Begitu juga dengan ruang di belakang, sama ada mahukan hanya dua tempat duduk sahaja atau pun 2+2.

Dan akhirnya Speedback GT ini dijual dengan harga bermula £600,000 (RM3,445,156). Tak murah bukan? Tapi sebenarnya ada lagi suatu varian, Speedback GT Silverston Edition dengan beberapa kerja tingkat taraf meliputi rupa bentuk dan juga kuasa. Harganya? Cuma £744,000 sahaja (RM4,271,993).

BACA : MINI eMASTERED – DARIPADA MINI KLASIK KEPADA SEBUAH EV YANG MODEN

BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT LE MANS – EDISI ISTIMEWA BERSEMPENA DENGAN KEMENANGAN DI GT LE MANS

Google ads

B K

Back to top button